Pages

Monday, December 05, 2011

::asuh anak tentang keselamatan::

Kerap kali kita perhatikan, ramai ibubapa kurang menitikberatkan tentang pendidikan keselamatan di rumah. Saya pernah perhatikan, ibubapa biasanya membiarkan anak-anak seronok bermain tanpa sebarang pengawasan. Ini pada hemat saya boleh dikategorikan sebagai cuai.

Kecederaan atau kemalangan kecil mungkin boleh berlaku. Dalam keseronokan anak-anak bermain di ruang tamu, tanpa kita sedar mungkin terdapat bahaya yang menunggu. Malah, segala alat permain anak-anak hendaklah diteliti dan diperiksa terlebih dahulu. Manalah tahu mungkin ada permainan anak-anak yang tajam, berbahaya dan sebagainya. Saya risau kalau-kalau tangan anak terluka dek kerana permainan mereka sendiri.

Saya juga kena pastikan lantai tempat anak-anak bermain berada dalam keadaan selamat dan tidak licin. Pastikan lantai tidak berhabuk bagi mengelakkan anak-anak daripada gangguan pernafasan, dan seeloknya saya akan pastikan anak bermain di atas lantai yang berlapik dengan alas yang lembut.

Utamakan keselamatan. Itu prinsip saya. Itulah yang sering saya ungkapkan kepada isteri setiap kali tiba waktu irshad bermain. Walaupun waktu bermain irshad sepanjang hari, tetapi peringatan itu perlu diulang-ulang.

Walaupun saya sedar kadang-kadang isteri jeling semacam bila saya ulang-ulang "utamakan keselamatan". Apatah lagi kalau saya minta pakaikan helmet untuk irshad.  hahaha.. sampai tersenget2 kepala irshad yang baru berumur 8 bulan bila dipakaikan helmet yang sama berat dengan tubuh badannya..aderghh, sadisnya baba..tak sampai hati tgk irshad rasa rimas kena pakaikan helmet.

hehehe..anak baba baik je..dibuat apa yang disuruh..akhirnya, baba kena cubit...adoooiiii....

1 comment: