Pages

Tuesday, September 27, 2011

::anak bangsaku takde 'kiblat'::

Ni bukan bermaksud umat Islam melayu tak solat sampaikan dah takde kiblat. Ni pun bukanlah kata umat Islam melayu sembah benda lain dalam hidup di dunia ni.

Ni citer pasal anak melayu Islam yang takde pegangan. Anak melayu Islam dah takde prinsip dalam hidup. Seolah-olah takde panduan nak ikut. Terumbang ambing macam kayu reput di tengah laut.

Al-kisahnya, semalam bila saya masuk kelas nak mengajar, saya perhatikan masing-masing pelajar masuk dengan pelbagai fesyen, pelbagai gaya. Tak kira lelaki atau perempuan.

Ada yang nampak sopan. seluar jeans, kemeja petak2 lengan pendek. Ada yang ber T kosong. Kira ok la. Tak lah memudaratkan mata yang memandang. Padan pulak dengan sandal, tak pun kasut converse. Kira smart gak la.

Segolongan lagi, berjeans koyak2, t-shirt corak ntah ape bende, pakai cap dalam kelas, rambut plak tu panjang tak terurus. kalau panjang mcm akhil hai ok la kot. kemas.

Parahnya, lelaki ni dah berani pakai rantai, gelang kat tangan (sure bukan gelang perubatan), bertindik di telinga. Haiihhh....rasa cam semput je tenguk anak Melayu Islam camni.

Agaknya, memang tak nampak lagi kot mana 'kiblat' yang nak diikut. Ataupun memang nampak, tapi rasa lagi selesa berkiblatkan barat..

Aduhai Melayu Islamku....

gambar hiasan.. gambar dari web http://dark.pozadia.org/wallpaper/Punk-skull/

Friday, September 23, 2011

::kes langgar lori rosak::

banyak betul kes kemalangan yang melibatkan lori atau kenderaan rosak yang diletakkan di laluan kecemasan. biasanya kes2 camni melibatkan penunggang motorsikal. bila tgk kes2 camni di ondscene , terfikir jugak, apa puncanya sampaikan berpuluh, malah beratus mungkin kes2 hampir sama berlaku?

apa inisiatif pihak berwajib dan pengguna?

pada saya, antara perkara2 yang kena ambik kisah :

1- pihak lebuhraya/ jalanraya- kena buat pemantauan sepanjang masa. kalo x silap, pihak lebuhraya memang ada kenderaan tunda dan hilux utk kegunaan kecemasan. so, gunakan ini untuk pantau tiap2 masa kot2 la ada kenderaan yang tersadai rosak di laluan kecemasan. kalo x sempat nak alihkan pun, paling tidak kawal lalulintas. Ce tengok, kebanyakan kes berlaku lori dah tersadai lebih sejam. 

2- pemilik/pemandu lori atau kenderaan yang rosak di laluan kecemasan - sepatutnya kena letak kon rasanya. tak pun letak tanda kecemasan yang 3 segi tu.. semua pemandu wat camtu ke agaknya kalo rosak tepi jalan?!

3- pemandu/penunggang/pengguna lain- kena sentiasa peka dengan apa yang ada depan mata. mungkin kalo kita perati betul2, kita akan perasan samada kenderaan di laluan kecemasan tu berhenti atau tak. mungkin kalo peka, sempat la nak ngelak.

harap2 perkara yang sama takkan berulang...

psss: pi jenguk di ondscene.my....

Wednesday, September 21, 2011

::soalan maut::

      
pergh..soalan maut tu..rasa macam tak nak jawab je. kadang-kadang dengar macam perli. tak pun menyindir. tapi apa boleh buat, dah jadi lumrah.

A   : wei, lama la tak jumpa. sihat ke?
B   : sihat je. cam biasa la. memang lama pun. 
A   : a'a. aku rasa sejak kau kahwin tahun lepas, kita dah tak jumpa kan?.sekarang baru jumpa balik.
B   : tu la pasal. maklumlah, kau kan kat Johor, aku pula kat Perak. Bila masa nak jumpa.
A   : eh, isteri kau ape citer?.dah pregnant ke?.ke kau merancang ni?.wei, cepat-cepat la dapat baby. aku tak             sabar tgk member aku ada anak.
B   : (terdiam kejap)..hmm, belum lagi. belum ada rezeki..

itulah realitinya. bila ada kawan-kawan yang baru kahwin, mesti ada soalan-soalan mengusik yang singgah di telinga. malah tak kurang juga yang bertanya tu pun dari kalangan keluarga terdekat. kerap sangat orang duk tanya, bila isteri si fulan bin si fulan ni nak pregnant?!.tak pun, ayat pedas sikit, 'tak pregnant lagi ke'?.

yang tak tahan tu, soalan camtu datang dari kalangan bujang-bujang..macam la diorang ni dah kahwin nak tanya lebih-lebih. biasanya soalan-soalan camtu hanya boleh dikongsi dalam kalangan mereka yang se'status' sahaja.

hakikatnya, ramai orang kita terlupa sensitiviti orang lain. kita senang2 je duk tanya camtu. sedangkan kita tak tahu apa yang dilalui pasangan2 tu. sepatutnya, kontrol la sikit soalan2 sensitif camtu, kan...kena la jaga.

itu pengalaman yang saya lalui sendiri. ada je soalan2 sensitif singgah di telinga. apa2pun, yang bertanya kena la sensitif, yang kena tanya kena la cool and relax..kena pandai saiko balik..ehehehe..
  

ps:: pernah terdengar, minum susu kambing dan makan kurma baik untuk kesuburan..boleh cuba..

(",)

Tuesday, September 20, 2011

::itulah namanya rezeki::

arrggh, penatnya. dah lama rasanya tak menjenguk ke rumah ke dua ni (blog ler tu). sampaikan amirah adnan dah tanya lama tak berhapdate blog ni. selama hampir seminggu tak menyempat nak hapdate, harini curi2 masa skit nak hapdate...

kenapa lama tak hapdate?...
senarnya xde la lama sangat. tp da dekat seminggu la jgk. memandangkan minggu lepas cuti hujung minggu jadi 3 hari, maka cuti tu digunakan utk jalan-jalan raya ke rumah kawan-kawan. Jemputan open house ke?.uishhh..saya ni jenis yang tak suka nak pegi open house. kalau minggu ni ada member yang jemput g open house diorang, so minggu depan baru saya pegi. kenapa?!...

jawabnya sebab nak privacy ngan member.kalau g open house diorang, mesti tak terlayan nya. diorang xde masa nak layan kita. mesti la ramai yg datang kan?!.so, silap2, sempat tegur, salam, makan, pastu salam nak balik. tu je. xde nye masa nak lepak2 lama. so, cuti hari tu saya pegi jalan2 raya ke Nilai, N9. rumah incik Izuan. Seorang pensyarah di USIM. esoknya ke rumah sepupu di Batu Caves. Ahad plak, jemput kawan2 adik dtg rumah...habislah 3 hari..

abes tu, yang tajuk rezeki tu pekebendenya?...
haa, citer rezeki tu..hmm, xde la apa..cuma boleh ucap syukur alhamdulillah. Allah Maha Kaya. Allah Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki. nak citer panjang pun, rasa cam tak terucap. pe kate tgk je gambar bawah ni.

maka 2nd wan Jr bakal lahir.....pelengkap keturunan wan.

ps:: moga anak yang bakal lahir ni menjadi penyejuk mata baba dan ibu.dan yang membawa baba dan ibu ke syurga Ilahi..amin..

ps:: teringat ayat Al-Quran, surah Al-Furqan, ayat 74. 

 وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
maksudnya : Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74)

Thursday, September 15, 2011

::ingat pesan papa::

Setiap manusia diberi satu keistimewaan oleh Allah swt untuk menyimpan atau mengingat sesuatu perkara di dalam memori. Samada perkara tersebut besar atau kecil, kotak memori kita mampu untuk menyimpannya untuk satu-satu tempoh tertentu. Lumrahnya, ia boleh tersimpan dalam memori sepanjang hayat manusia.

Memori yang kuat melekat dan senang untuk di 're-call'' biasanya memori yang dilalui sendiri oleh kita. Sesetengah memori yang menyinggah adakalanya yang didengari dari pihak lain, yang ditonton dan sebainya.

Setiap dari kita mesti ada memori masing-masing. Bagi saya, memori yang saya ingat dan akan kekal sampai ke akhir hayat ialah pesan papa. Pesan seorang ayah sangat penting buat seorang anak yang masih mentah dalam arena kehidupan. 

Kenapa agaknya seorang ayah berpesan kepada anaknya?.Tujuannya hanyalah satu. Untuk memberi panduan kepada anak agar tidak tersalah, tersasar atau terpesong dalam melalui landasan kehidupan.

Papa juga kadang-kadang mengulangi pesanan yang sama kepada saya. Walaupun perasaan ego dalam diri yang dirasakan seperti seorang yang pelupa agaknya, tetap mendengar dengan hati terbuka. Pesan papa yang dari dulu sampai sekarang akan saya ingat :

Pertama : Jaga solat. Jangan sesekali lewatkan solat. dan bila dah solat, jangan sesekali buat dosa. Allah murka.
Kedua  : Jaga hubungan kekeluargaan dengan adik beradik. Sebagai anak sulung, jaga adik-adik macam papa dan mama jaga kamu semua. Masa senang mungkin ramai yang berdamping dengan kita. Tapi masa susah, semua menghilang. Siapa yang sanggup bersama kita masa susah?.Adik beradik. Sebab tu papa pesan, jaga adik-adik. Adik-adik juga kena jaga abang dan kakak.


Saya faham, pesan papa itu berasas. Selagi hayat papa masih ada, selagi itu saya masih inginkan nasihat dan kata-kata motivasi dari papa.

Kini, aku bergelar seorang ayah..

Buat papa, semoga Allah merahmati dan memberkati hidup papa dunia akhirat.

Papaku seorang pesara guru.

ps: kongsikan 2 pesanan ayah kalian yang diingat sampai sekarang.

Wednesday, September 14, 2011

::akaun aku hilang::

tersedar tgh2 malam camni terasa plak nak check email2 lama, akaun2 lama d alam maya ni. so, terlintas la nak check balik akaun friendster yg dah berkurun tak di buka. ..

ah, terkejut aku...apa dah jadi ngan akaun ni?!..

mana pegi komen banyak2 tu?.mana pegi gambo2 aku?.ahhh....gambo2 lama aku da hilang....

gerammmmm....

nak saman je rasa friendster ni.....

ehemm2..boleh ke ek nak saman?!..=)

Tuesday, September 13, 2011

::nak masuk U balik boleh tak::


STUDENT CARD- oh kenangan yang indah...

Tiba-tiba teringat pula pada kenangan semasa belajar di peringkat ijazah pertama dulu. Masa mula2 masuk U, kami pelajar asing diwajibkan mendaftar masuk ke pusat bahasa  ( language centre @ مركز اللغات) . ini bagi memastikan pelajar2 yang bakal mendaftar masuk ke Kuliah fasih berbahasa.

Habis satu sem duk di pusat bahasa, kami akan menghadapi ujian penilaian. Ujian ni bakal melayakkan kami terus masuk kuliah ataupun kena stay lagi kat pusat bahasa. So, alhamdulillah, aku layak masuk terus ke Kuliah.

Yang paling best, aku dan kawan aku, Jalaluddin Al-Islami (sekarang dah pun bergelar pensyarah) adalah pelajar yang 1st  dapat student card. pelajar yang masih di pusat bahasa tidak memerlukan kad pelajar lagi selagi mereka belum mendaftar di kuliah. apa lagi, masa ni la aku duk tayang2 kad kat member2 lain.

Sekarang, bila tengok student2 duk pegang student card, teringat la pulak zaman dulu2.. rasa macam nak masuk U balik..nak kembali bergelar pelajar IPT...

::pssst, setiap pelajar mesti ada nombor kan..nombor kad, aku masih ingat sampai sekarang...0300104124 ...

Monday, September 12, 2011

::apo la nasib ekau mamak::


semalam tetiba lak terasa nak makan telur bungkus  camni la lebih kurangnya [ http://qarmylaungu.blogspot.com/2011/05/bahan-bahan-6-biji-telur-1-labu-bawang.html ] maka aku rerajinkan kaki ku melangkah ke kedai mamak dekat rumah aku ni.

sesampai di kedai, aku dgn bangganya panggil 'an-ne' nak suh ambik order. aku pun cakap la:

aku       : mamak, u kasi telur bungkus satu, tomyam satu. bungkus ar..
mamak : roti telor satu, sama tomyam satu kaa?
aku       : bukan bukan..ini telur bungkus lauk. pastu kasi tomyam satu. bungkus tau.
mamak : okeh..(dengan kompidennya mamak tu tanya balik)..ini telur bungkus mau telur mata ka, telur dadar?
aku      : ayooo..(dlm hati, mamak ni x paham rupanya)..
             xpe la, saya order sama itu tukang masak saja la...

dua point yg aku kene ambik cakna..
1-nak order pastikan panggil org yg dah boleh faham bahasa melayu. jangan panggil mamak yg baru landing petang smlm kat epot.
2-setiap kali kalo nak cakap ngan org yg pelat2 cakap melayu ni, kena guna bahasa melayu betul. kalau tak, sampai bila2 pun diorang x leh paham. sbb tu melayu bila cakap ngan cina, melayu plak yg terlebih pelat nya.

Friday, September 09, 2011

::komentar Ops Sikap 24::

hmm, kali ni aku rasa cam terpanggil2 je nak bagi komentar. kalau direnungkan, ye la, sape la aku ni. Insan yang mampu bersuara je. Nak ambik tindakan, aii, susah bebenor rasenye..x reti la nak berurusan cara2 nak ambik tindakan ni..yang aku tau cuma tunggu PRU je nanti..tu pun, kalo aku sorang2 x mampu..nak kene pakat ramai2. paling2 tidak separuh kampung baru boleh..harap2 kome faham la ye..

tu muqaddimah nye..citer nye, pasal Ops Sikap yang gagal tu..tu yang aku baca kat Sinar Harian  la(9:45 9sept2011)..hmm, aku jugak rujuk pada web rasmi pdrm : PDRM ..(9:55 9sept2011)..
kemudian, dalam berita TV (x ingat tarikh, tp samada hari khamis, jumaat @ sabtu 1, 2 atau 3 sept) haritu ada sebut faktor kedua penyumbang kepada berlakunya eksiden ni adalah keadaan jalanraya. faktor utama of kos la sikap pemandu @ pengguna jalanraya..

aku baca plak blog ini yang katanya dipetik dari sini, beberapa tempat yang sering berlaku kemalangan maut di kelantan..

yang aku nak kabo kan, tempat2 yg dinyatakan tu memang teruk keadaan jalan nya. jalan k.krai-gua musang memang sangat2 teruk dan perlu dinaiktaraf. sape2 yang pernah guna laluan tu pasti setuju kenyataan ni. 

so, sekarang, statistik dah ada. kemalangan makin bertambah. kempen dah buat. dan faktor utama dah jelas iaitu sikap. so, semua tahu nak ubah sikap satu proses yg memakan masa. so, kenapa tak cuba kurangkan kemalangan dgn cara ubah faktor kedua terlebih dahulu..

kalau refer pada blog ondscene ini memang banyak sangat laluan sakaratul maut..so, pe kate baiki dlu jalan2 yang rosak teruk n jalan2 penyumbang kpd kemalangan. Itu lebih baik dari duk kira statistik tiap2 tahun tp xde kesan..

bukan nak tuding jari pada mana2 pihak. Kalau ada yang terkena @ terasa, mohon maaf byk2.. kepada pihak berwajib, jangan pikirkan kepentingan politik semata2 bila nak wat jalan baru. bila geduk di bunyikan tanda PRU dah nak tiba, baru duk tabur janji nak wat jalan. pastu, bila menang, masing2 duk diam menghilang ntah ke mana.. yang kalah apatah lagi. kepada YB2, ambik la peluang ni utk berbakti kpd rakyat dengan memperbaiki jalan2 raya utama..

ps; entry beremosi jugak hari ni...entry tidak bergambar..

Thursday, September 08, 2011

::kisah balik raya::

bukan le kisah ape pon..cuma yang dikabokan dalam entry lepas tu, mmg wujud...

maksud awok, deme yang x tau nak bersabor masa tengah jem..

tgk aje ler dua gambo ni, pastu kome nilai la sendiri..

 

    info: lokasi : PLUS highway ke Utara selepas exit slim river.
           tarikh  : 27 Ogos 2011
            masa  : 16:00-16:10.

xde plak nampak polis kuarkan saman....hmmm, xkan nak bior aje yeop...

::canang cerita nak tagih simpati::

dunia ni pasti tak lupa la citer 11 sept.. ala kisah twin tower tu. ramai yang lahirkan rasa simpati pada keluarga mangsa. tak kurang yang mengutuk keras dan habis2an tindakan tersebut yang menyerang dan meruntuhkan  bangunan terkemuka dunia tu.

bila buka web terkemuka dunia yang berkiblatkan barat, rata-rata mencanang cerita sensasi dalang disebalik serangan tersebut. Canangan tu pastinya tertumpu kepada Islam. Seolah-olah Islam dan terrorisme macam serasi. Seolah-olah dalang serangan adalah Islam.. Waduh, bisa sungguh canangan tersebut.

Nampak bagaikan kejamnya Islam. Jahatnya penganut agama Islam. Zalimnya umat Islam.

Dunia dicanang cerita yang sama..



Tapi, sedarkah, tujuan sebenar canangan tersebut ?

Agaknya ramai yang masih terlena dengan peristiwa saudara Islam kita di Palestin. Kematian dicatatkan setiap hari. Harta dan rumah dimusnahkan sesuka hati. Tanah dan sempadan dirampas tidak siapa peduli. Malah, pencabulan hak asasi manusia berlaku di sepanjang Ramadhan di saat umat Islam leka beribadah.

Cuba renung pada serangan di Afghanistan. Apakah hujah mereka kukuh yang mengatakan Osama berada di sana? jawapannya TIDAK sama sekali.

Akhirnya, Pakistan pula dituduh bila kediaman Osama dijumpai di sana. 

Hakikatnya, kemana pergi kekuatan umat Islam?. Usah dipersoal kekuatan Islam kerana Islam sememangnya kuat. Yang lemah hanyalah umatnya. Hilang penyatuan. Hilang pegangan.

ps: beremosi bila tgk web2 berkiblatkan barat mencanang cerita kesedihan dan trauma keluarga mangsa tragedi 11 sept.. kenapa tidak dihebahkan kisah kematian di Palestin, Afghanistan?.

Aku Yang Teremosi,
Neobalanocarpus.

Sunday, September 04, 2011

::entry raya yang terlewat::

walaupun dah masuk 6 syawal, rasanya masih belum terlambat nak wish selamat hari raya eidulfitri.


ikhlas daripada; neo, isteri dan anak ( wan Jr.).

ps: esok dah nak bertolak balik KL. harap tiada lagi jem spt jumaat, sabtu dan ahad.