Pages

Monday, October 31, 2011

::betul ke abang boleh kahwin empat?::

Semoga pembaca2 sekalian berada dalam kesejahteraan dan mendapat lindungan rahmat Allah swt. Agak jarang saya meng'update' blog sekarang ni. Bukan masalah kekeringan idea, tapi saya rasa lebih kepada komitmen. Apa2pun, saya akan cuba beri perhatian pada blog tak seberapa ni agar blog ni tak merajuk.

Al-kisah kahwin ni, dah tentu ramai yang dah pun dapat jemputan kahwin sempena cuti sekolah ni, kan?.Saya sendiri pun dah dapat 4 jemputan. Tak tahu la sempat penuhi semua jemputan atau tak. Pastinya, kenduri kendara dah bermula seawal cuti raya Qurban lagi. Dalam cuti sekolah tak yah cakap lah.

Kepada yang bakal menamatkan zaman bujang, tahniah diucapkan. Moga2 kalian berada dalam kumpulan mereka yang disebut Nabi sebagai telah sempurna separuh imannya. Kepada yang dah berkahwin, jangan gelojoh nak kahwin lagi. Betul, itu sunnah. Tapi, jangan sampai tanggungjawab terabai.

Kawan2, kalau bab kahwin ni, ramai pula yang terus ingat sunnah ye. Cepat betul kita respon kepada sunnah dalam kahwin ni. Sebut je sunnah Nabi, terus fikir kahwin. Agaknya, kalaulah semua respon kita terhadap suruhan dan tuntutan Islam ni sama, rasa2nya umat Islam akan bahagia, aman dan damai.

Bayangkan kalau kita merespon terhadap semua tuntutan Islam sesegera kita merespon sunnah dalam bab kahwin ni?! contoh, bila kita dengar, baca atau tahu akan seruan Allah dalam ayat berikut:


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا




Maksudnya: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59) (Al-Ahzab, ayat 59)
sudah tentu kita akan faham akan tuntutan Islam terhadap aurat kaum wanita. Ianya dituntut supaya menutup serta melabuhkan pakaian di bahagian kepala serta ke dada.

Kemudian, contoh lain;



يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُواْ ٱلرِّبَوٰٓاْ أَضۡعَـٰفً۬ا مُّضَـٰعَفَةً۬‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٣٠


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (130)   (Surah Ali-Imran)

Bayangkan kalau semua manusia yang beriman merespon kepada ayat di atas dengan sesegera mungkin meninggalkan urusniaga berasaskan riba?!. Saya jamin, bank konvensional lingkup sama sekali.


Banyak lagi suruhan Allah yang tidak saya nyatakan di sini. Agaknya kalau semua suruhan Allah terhadap orang beriman direspon dengan segera, pasti perkara mungkar dapat dielakkan.

Eh, kita dah merespon ke belum terhadap tuntutan menyegerakan waktu solat kita?.

Kita dah merespon ke belum tuntutan berbuat baik kepada semua orang?

Dan kita dah merespon ke belum terhadap tuntutan Islam untuk mencegah kemungkaran?

Banyak bukan tuntutan Islam. Yakinlah, semuanya untuk kebaikan.

Jangan semata2 merespon untuk kahwin empat je....ehehe.

Thursday, October 27, 2011

::aik, salah ek?::

Aritu, saya ada terbaca satu akhbar bahasa melayu ni. Bila terbaca satu ayat dalam akhbar tu, terus saya kutuk macam2. Tak check dulu ke ejaan sebelum cetak. Ni kenyataan paper tu:


Pada baris ke-5 dalam ayat gambar di atas.
Agak2, yang mana lebih tepat:

MENJOLOK MATA      atau        MENCOLOK MATA ?

ayuh, kita lihat apa kata cikgu bahasa....
antara menjolok mata dengan mencolok mata, yang tepat ialah mencolok mata, iaitu bahasa kiasan yang menyatakan tampak jelas atau kelihatan jelas benar, selain makna membangkitkan kemarahan orang, atau memberi malu
so, sangkaan saya salah..bukan menjolok mata, tapi mencolok mata..

psss:: kerja yang banyak menyebabkan kekangan masa yang amat menjadikan buntu idea untuk mencipta entry...

Rujukan : http://abihulwa.blogspot.com/2009/08/sambalewa-mencolok-mata.html

Thursday, October 20, 2011

::rendah diri::


Apa perasaan kita sekiranya seorang yang disegani dan dihormati memberi salam, menyapa dan bersembang dengan kita semasa berselisih di luar pejabat?

Apa persepsi kita terhadap orang yang menjawat jawatan tinggi dalam organisasi bertanyakan soalan peribadi kepada kita?

Ya..jawapannya mestilah kita akan rasa gembira dan teruja. Dan dah tentu kita akan rasa dia seorang yang ambik berat terhadap staf bawahan.


Rasa hormat kita dah tentu bertambah2. Apatah lagi dia seorang Pengarah Urusan (Managing Director) sebuah syarikat yang besar. Kedudukan kita dgn dia as MD jauh bezanya, tp dengan rendah diri dia sapa kita dgn sopan dan respect kita sbg staff di organisasi dia..

Teruja sangat hari ni bila MD menyapa saya sambil berbasi2 di depan tangga menuju ke basement park.

Itulah pemimpin yang perlu dicontohi. Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin umat Islam pun boleh bersapa dan bertegur dgn rakyat, apatah lagi kita insan biasa.

Kan indah hidup ni kalau sentiasa senyum, tegur dan sapa kawan2 pejabat. Tiada lagi istilah sombong dan berlagak. Kalaulah semua pemimpin ada etika ini, kompem nak datang pejabat pun ada motivasi tiap2 hari..

Wednesday, October 19, 2011

::majlis tidur beramai-ramai::

Semoga blogger-blogger sekalian berada dalam lembayung hidayah Ilahi.
  
Ni nak cerita pasal nak ajak kawan gi dengar ceramah. Kalau bab ceramah-ceramah ni, (bukan ceramah politik), mesti ramai yang rasa boring. Kalau ajak gi window shopping, lepak2, tengok bola, nonton wayang, (walaupun kena keluarkan duit) pasti ramai yang sanggup. Dah kompem kalo nak gi dengar ceramah, kebanyakan kawan-kawan akan tanya, sape penceramahnya. Kalau penceramah best, ada la jugak rasa nak ikut katanya. Kalau tak best, katanya baik diorang wat keje masing-masing. Al-Maklumlah, daripada diorang datang majlis ceramah, pastu tido beramai-ramai, baik diorang gi jumpa kawan2..

Pasal apa agaknya jadi camtu?. Sebut ceramah, ramai yang tidur. Tak berminat. Tak ada masa. Tak Best.

Antara sebab2nya adalah kerana kaedah penyampaian kurang menarik. Ni termasuklah kuliah-kuliah di IPT dan khutbah jumaat. Cuba korang tengok hari jumaat di masjid2. Kalau khatib yang bertugas tu kategori yang baca text khutbah,(bukan berkhutbah tanpa text), ditambah pula dengan nada bacaan yang senada je, majlis jumaat tu akan jadi majlis tidur beramai-ramai. Sama la keadaannya kalau dalam kuliah di IPT, kalau lecturer jenis yang baca nota macam belajar sejarah sekolah menengah dulu, pastu duduk je di kerusi pasti ramai yang terlena di ulit intan..errkk. Maknanya kalau berdiri tegak je memanjang sampai habis waktu, alamatnya tidur lah semua jemaah.

Cara Yang Paling Menarik. 

Dah tentu kita nak tengok cara nak berceramah yang paling menarik kan?.Kalau kita sebagai cikgu, dah tentu kita nak student kita beri perhatian sepanjang sesi pembelajaran, kan?

So, cara paling menarik yang saya nak kongsikan di sini adalah cara mengajar gaya Rasulullah SAW. 

Caranya ialah, gunakan pelbagai deria dan anggota badan dalam menyampaikan satu-satu ilmu. Contoh, kalau kita nak ajar sejarah tentang Tanah Melayu, kita kena sertakan gaya macamana keadaan rakyat kena serang oleh penjajah pada masa dulu. Kalau keadaan yang kena bom, cikgu2 kena bangun dan gayakan dengan badan sekali camana keadaan orang yang lari selamatkan diri dari diBOM. 

Contoh lain, kalau nak ajar matematik. Ambil contoh mudah la senang. Nak ajar 5 tambah 5. Kena cari 5 barang @ benda dan letakkan di depan kelas. Pastu tunjukkan dengan gaya camana terjadinya proses penambahan tersebut.

OK. itu caranya. Eh, tadi cakap cara mengajar gaya Rasulullah?

Ya. Inilah cara Rasulullah ajar para sahabat radhiyallahu anhum dalam beberapa perkara. Antaranya ialah ketika Rasulullah nak bagitau kedudukan Baginda di dalam syurga bersama dengan anak-anak yatim.

أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ وَأَشَارَ مَالِكٌ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى 

Rasulullah saw bersabda: Aku dan dia (anak yatim) seperti ini di dalam syurga ( sambil mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah rapat-rapat).

Rasulullah s.a.w menggunakan tangan untuk menunjukkan betapa rapatnya baginda dengan anak yatim di syurga kelak.

Semoga kita dapat beramal dengan sunnah ini. : ) 

                                                            gambar hiasan Ustaz Zahazan.


::alamak, tersalah::

Entry ringkas je ni..ni pasal citer peugeot haritu..

Sekali tersalah la plak..td tgk berita di NTV7, naza dah launch Peugeot 508..lagi cantik. Harga 16* ***RM...

Boleh klik sini kalo nak tengok details..

Monday, October 17, 2011

::nak kena smart ke?::


Neck Tie by neobalanocarpus
Neck Tie, a photo by neobalanocarpus on Flickr.

Semoga penjenguk-penjenguk blog sekalian berada dalam rahmat Ilahi. InsyaAllah.



Firstly, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang sudi singgah, baca dan tinggalkan komen di entry2 yg lepas. El-maklumlah, saya ni sebagai 'org baru', rasa agak excited bila ada yg sudi jenguk dan baca. Terima Kasih.


Citer hari ni, pasal penampilan. Semua orang pasti nak nampak cantik, kemas dan bergaya setiap masa kan?.Tak kira lah lelaki atau perempuan, masing-masing ada kehendak untuk nampak cantik, kemas dan bergaya.


Kadang-kadang, yang cantik tak selalunya kemas. Ada juga yang nampak bergaya, tapi tak cantik pun. hmm, camana agaknya?!.

Contoh, ni citer pasal lelaki la. Yang perempuan tu, xnak kacau la. Sebab saya tak berapa mahir selok-belok kecantikan perempuan ni. (ehehe, ye dak ni)... orait, balik pada contoh td. Sorang lelaki ni, pegi pejabat kemain bergaya pakai baju kaler terang, match plak dgn tie jalur kaler terang, kasut hitam. Itu nampak bergaya, tp tak cantik sgt sbb baju kaler terang kurang sesuai dgn tie berjalur kaler terang. Kurang kemas kalau kasut berdebu dan tak berkilat.

Yang paling penting, nampak kemas. Pakai lah baju lama sekalipun, kasut lama sekalipun, kalau nampak kemas, konpem nampak peribadi yang berketerampilan. Malah menambahkan keyakinan. Kalau pakai smart2, org lain nampak pun yakin.

Kalau yang kerja ofis tu, jaga la pakaian anda. Biar kemas. Kalau berkemeja tu, pakailah tie. Jangan la terbukak butang kat leher tu sampai nampak bulu dada..opsss..kalau dah bulu dada tu subur sangat, tutup2 la sikit...

GAMBAR HIASAN.

yg ni dari google



Friday, October 14, 2011

::berbilang isteri::

Semoga pembaca-pembaca sekalian berada dalam lindungan rahmat Allah s.w.t. 

Apa maksud tajuk entry kali ni?!.Mesti ada yang dapat 'tangkap' maksudnya, bukan?. Kalau ditulis begini. "P.O.L.I.G.A.M.I", mesti ramai yang terus tutup page ni. Tajuk yang kurang diminati oleh kaum hawa.

Kita sering dengar perkataan poligami. Biasanya perkataan dan perbahasan isu poligami ini akan terbit dari kaum Adam. Kaum Hawa kebanyakannya cuba mengelak dari berbicara perkara tersebut. Kalaupun ada yang sudi berbicara, pasti ianya akan ada hujah bantahan barang sepatah dua.

Kenapa? Adakah berbilang-bilang isteri ini tidak elok? Atau banyak sangatkah negatifnya hidup berpoligami?

Banyak sebabnya. Mungkin sebab fitrah wanita yang mempunyai naluri cemburu yang kuat sehinggakan tidak sanggup melihat suami bersama wanita lain. Atau mungkin dalam hidup, wanita tidak suka berkongsi. Tapi pada saya, ramai wanita menolak dan berdalih  untuk berpoligami, adalah berpunca daripada LELAKI sendiri.

Kenapa?

Senang saja jawapannya. Kerana ada segelintir lelaki yang mempunyai berbilang isteri ini tidak BERLAKU ADIL. Malah ada yang mengabaikan TANGGUNGJAWAB dalam rumahtangga, sehinggakan isteri-isteri dan anak terabai. Lebih teruk lagi, SI SUAMI sering menyerahkan sepenuhnya urusan rumahtangga kepada isteri-isteri sehinggakan bebanan tersebut tak tertanggung oleh isteri.

Tidak kurang juga yang 'ringan tangan' memukul dan mencederakan isteri bila berlaku konflik. Mungkin ianya kes terpencil, tapi ia tetap memberi impak yang besar. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Andai kaum Hawa yang membaca kenyataan ini, pasti mereka berfikir banyak kali sebelum mengizinkan suami berkahwin lagi, malah ramai juga yang akan membantah. Puncanya? Kerana realiti kehidupan hari ini memang wujud kes-kes di atas. 

Penyelesaian

Kaum Adam perlu tahu hukum-hakam dalam Islam. Bukan sekadar tahu, malah lebih dari itu, perlu penghayatan dan praktik ajaran Islam dalam kehidupan. Jadikan Islam sebagai budaya. Lekatkan di jiwa sepenuhnya ajaran Islam. Yang Wajib didahulukan, Yang Sunat diutamakan.

Berhemah, bertanggungjawab, bertoleransi dan banyak lagi.

Saya yakin, kalaulah ada lelaki seperti itu, jumlah wanita yang takut berpoligami akan berkurang, malah mereka boleh menerima ketentuan Ilahi.


ps: terima kasih kepada meimey yang berkongsi idea dan perbincangan tentang tajuk entry.
ps: antara sunnah Rasulullah s.a.w adalah membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Tak sempat satu surah, separuh pun tak mengapa. InsyaAllah, ia dikira sebagai hasanah.

Tuesday, October 11, 2011

::mode- melayan perasaan::

Apa khabar kalian blogger2?! harap semua seronok dan beronok-ronok hari ni. kalau boleh biarlah beronok-ronok tu sepanjang masa. Sedih-sedih and rasa x best tu buang jauh2.. Baru boleh wat kerja dengan elok, and berkualiti.

Sehari dua ni, saya rasa mcm seronok je. Nak kata ada berita gembira, rasanya cam xde pape. Tp hati ni rasa cam nak melompat-lompat keriangan. Macam budak kecik duk main2 tu. Gembira dan seronok tu sebenarnya ada punca dan sebab musababnya.

El-kesahnya, mode melayan perasaan ni ter'wujud' setelah saya menonton citer hindustan. Tak semua orang suka nonton filem hindi ni. Ye la, kadang2 ada adegan tak logik, plak tu lagu meleret-leret. Tapi bagi yang suka, kompem layan habessss...

Kalau tang nangis tu, yang nonton tu siap feeling habesss. Tumpang nanges skali. Kalau bab lagu yang hepi2 tu, perrrgghh.. Tak hingat hepi nya. Rasa bagaikan dunia tu sendiri yang lalui. Rasa mcm kita sendiri yang jadi hero @ heroinnya.

Balik pada movie td.. movie ni da lama kuar senarnya. kalo x silap tahun 2007. tajuk dia, Jab We Met (thanks encik wiki). Pak cik google translate cakap maksud dia When They Mate..ye la kot.




huihhh..feel habehhh lah tgk citer ni..byk lg citer lain yg best, tp citer ni try ubah persepsi kita yg susah nak berubah jadi hepi dan buang segala masalah. Rileks and enjoy...Barula kerja pun jadi beronok-ronok.

::sumber gambar dari uncle google::

Friday, October 07, 2011

::kenal erti susah::

Salam Jumaat semua. Ni saya baru je balik solat jumaat. Kebetulan sesampai je di pejabat, langit dah bertukar warna. Gelap semacam. Petanda nak hujan.

Masa keluar dari masjid td, nampak ramai sangat orang duk berniaga di luar pagar masjid. biasanya sebelum jumaat dah ada pelanggan yang datang duk membeli, samada makanan, minuman dan macam2 lagi ada, semua nya nampak laris. Selesai solat, jemaah yang keluar dari masjid pun ramai yang nak membeli. Murah rezeki betul peniaga2 tu. Agaknya, kalau lah hujan turun tiba2, camana la nasib peniaga2 yang berbumbungkan payung je tu?!

Kesian betul..tu baru yang berniaga. Kalau yang bertani agaknya camana?.itulah namanya lumrah kehidupan. Allah berikan kita sesuatu nikmat, atau menarik sesuatu nikmat dari kita, mesti ada hikmah. Mungkin peniaga tu tak dpt berniaga hari ni, tp mungkin esok kalau dia buka gerai, makin ramai yang datang...


::terengganu:: by neobalanocarpus
::terengganu::, a photo by neobalanocarpus on Flickr.

Ringkasnya, rezeki Allah yang tentukan, syukur dengan apa saje yang kita terima, anggaplah kesusahan itu satu nikmat dan sentiasa bersangka baik kepada Allah... 

Thursday, October 06, 2011

::ulang tahun ke-2::

semalam, genap la dua tahun saya bekerja di sini. kiranya masih baru. belum sampai tahap senior. Banyak sangat benda yang saya belajar bila berada di alam kerjaya ni. sangat2 mematangkan kita dalam banyak perkara. Dan dalam situasi kerja camni la kena boleh kenal siapa yang betul2 kita boleh anggap sahabat yang sanggup tolong kita susah dan senang.

InsyaAllah, saya akan kekal di sini sekiranya ini adalah yang terbaik di sisi Allah..

Tuesday, October 04, 2011

::berimaginasi atau berfantasi::

adergghh.....tajuk pun rasa cam x kena je..


Senarnya tiba2 arini berangan2 (haaa, perkataan ni baru tepat kot) nak tukar kereta. Al-maklumlah, simpanan tak cukup lagi nak tukar kereta ni. So, cukup la dengan ada impian. moga2 satu hari nanti impian ni akan tercapai InsyaAllah..

Setakat ni, hati ini dah terpaut dengan continental car. feel drive kete camni rasa lain yang amat. dia punya electronic system dan enjin x yah cakap la. kebanyakan org xnak guna kete camni sebab spare part mahal. senarnya, kalo wat perbandingan, harga spare part peugeot ni lebih kurang je ngan honda atau toyota. kalau mahal pun, sikit je. 

Antara kete idaman ku:  Peugeot.


Peugeot 408 ni dgr2nya x masuk M'sia lg. Katanya bakal masuk menggantikan current Peugeot 407..harga?..x yah cakap la..lebih kurang setaraf dgn Accord, Camry dan Teanna..RM145 *** ke atas la kot. kete ni dgr kata dah masuk pasaran China.


InsyaAllah, dengan angan2 dan cita2, satu hari nanti kita mampu utk dapatkannya..kena mula dari sekarang la kan?!..


pss: aderrgghhhh, gaji bulan ni da nak abes...camana nak wat simpanan ni?!.....:p

Monday, October 03, 2011

::berpetang-petang di pejabat::

cuti 2 hari last weekend tak menyempat nak menjenguk blog..nak melawat blog2 lain pun tak sempat. Plan asal nak siapkan kerja belajar yang tertangguh tu. tp ada aral plak, terpaksa balik kampung..

ni xde apa nak citer. cuma petang2 cenggini, aktiviti di pejabat da x brape banyak. nak update file je. selebihnya,wat keje yang sepatutnya la..nak blog walking sampai balik, rasa cam tak kena plak. maklumlah kat ofis. kalau malam2 kat rumah ok.

bila dah berblog petang2 camni, mula la lidah rasa cam kelat2..nak merasa kopi secawan dua. mak aii, sampai secawan dua?.secawan dah la..yang secawan lagi tu member punya la..lagi best, kalo sempat cari goreng pisang...sambil minum kopi, sambil ngadap laptop...

kuar jap la cari goreng pisang..

white coffee khaifaiz punya.

koleksi kopi yang pernah menduduki cawanku.
coffee addicted?.hmm, ntah la..maybe kot.