Pages

Monday, November 16, 2009

andai benar vs andai salah??!!

Mana-mana media memaparkan isu yang sama. Media elektronik, media cetak dan semua memperkatakan perkara yang sama..persoalannya, adakah tohmahan itu semua berasas dan benar? adakah dengan menarik diri maka dikatakan bersalah?mungkin berundur bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan?.atau mungkin benar-benar bersalah dalam kes tersebut?.andai bersalah, pihak berkuasa perlu berlaku adil dengan mengambil tindakan sewajarnya. namun, seandainya selepas siasatan, didapati isu tersebut adalah rekaan semata-mata dan berunsurkan pengkhianatan dan fitnah?.jangan baling batu sembunyi tangan wahai sedara-sedara sekalian..tanggung lah semua atas perbuatan mengkhianati insan lain..lagipun isu ini masih dalam siasatan...

luahan rasa pena....

Wednesday, November 04, 2009

JAIS vs ASRI ZAINAL ABIDIN

Salam dan selamat sejahtera buat para sahabat….

Semalam kita dipaparkan dengan berita gempar yang memenuhi dada-dada akhbar dan siaran berita radio televisyen. Hampir setiap akhbar penuh dengan berita hangat tersebut. Penangkapan yang dibuat oleh pihak JAIS terhadap seorang bekas mufti, Ustaz Asri Zainal Abidin, yang sedang berceramah di sebuah rumah di KL. Selepas penangkapan tersebut, pelbagai isu, tohmahan, tuduhan, dan tak kurang juga lontaran pandangan yang berasas dilontarkan kepada U.Asri. Insan-insan yang mengikuti cerita dan perkembangan dari awal berkenaan ustaz, pasti tidak hairan dan terkejut. Namun, yang masih tidak tahu, bertambah bingung dengan tuduhan dan tohmahan terhadap Bekas Mufti, bukan calang-calang orang.
Pemilik pena juga bukanlah yang selalu mengikuti perkembangan ustaz. Namun, sedikit sebanyak pernah terbaca dan tahu siapa ustaz. Kalau diikutkan, bilamana seseorang pernah menjawat jawatan mufti dalam sesebuah negeri, ini bermakna beliau mempunyai kelayakan yang sewajarnya. Mungkin hanya terdapat segelintir sahaja mufti yang dilantik atas tiket politik.
Dalam kes ustaz, pemilik pena banyak bersetuju dengan apa yang terpapar di dada-dada akhbar. Namun, sejauh mana kesahihan berita tersebut, biarlah ustaz sendiri yang menjawab memandangkan beliau lebih kenal dan tahu siapa beliau, dari segi kelayakan dan sebagainya. Tetapi, satu perkara yang pemilik pena ingin menarik perhatian ialah fahaman beliau dalam hal ehwal keagamaan. Fahaman yang beliau ada dan ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia, pada pandangan peribadi pemilik pena, adalah kurang sesuai untuk diamalkan. Banyak perkara dalam hal ehwal keagamaan di Malaysia telahpun ulama’-ulama’ nusantara terdahulu mengkaji dan meninggalkan satu ajaran yang sesuai diamalkan di sini. Mereka (ulama’ nusantara) mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu keagamaan dan layak untuk member fatwa.(boleh rujuk beberapa kertas kerja seminar al-quran dan hadith di nusantara , Universiti Malaya, 2008).
Kaedah penetapan hukum dalam Islam,( setahu pemilik pena) adalah berperingkat dan sama sekali tidak menafikan budaya dan amalan persekitaran. Dalam usul feqh, ianya dikenali sebagai ‘URF. Dalam budaya Malaysia, sebagai contoh, mengamalkan tahlil beramai-ramai tidak melanggar nas dan dalil dalam Islam. Ianya juga ada maslahah yang perlu dilihat demi masyarakat sejagat. Dengan sebab itulah, ada beberapa hukum perlu melihat kepada keadaan dan persekitaran.
Ini hanyalah sebagai pandangan peribadi pemilik pena. Andainya ada yang kurang bersetuju, itu hak masing-masing. Namun, sebagai umat Islam, kita perlulah meneliti sesuatu berita terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum atau menuduh tanpa bukti. Moga-moga keadaan ini menjadikan rakyat Malaysia celik mata dan hati dalam hal ehwal keagamaan, seterusnya mengenali siapa pakar ilmuan dan hukum di tanah air tercinta….




klik di sini!

dan di sini!

juga di sini!

sini juga!

Monday, November 02, 2009

::Soalan daripada pelajar....!!::

Hari ni pemilik pena telah mengadakan test untuk mid-term kepada para pelajar. Test ini sebenarnya bertujuan untuk memenuhi kehendak MQA dalam menetapkan kelulusan bagi kurusu-kursus tertentu. Maka selepas selesai test tersebut ( tempoh sejam shj ), maka pemilik pena membuka ruang bertanya kepada pelajar untuk apa-apa masalah atau persoalan. Tiba-tiba seorang pelajar perempuan bertanyakan soalan yang agak menduga minda dan iman pemilik pena.
Pelajar tersebut bertanyakan apakah hukum kalau berkongsi sudu, straw minuman atau gelas dengan kekasih? Boleh atau tidak. Agak tergamam seketika bila diaju soalan sebegitu. Pemilik pena berfikir sejenak sebelum menjawab. Dan ada usikan nakal daripada pelajar yang mengatakan pemilik pena teragak-agak nak menjawab sebab pemilik pena pun pernah melakukannya dengan kekasih. Pemilik pena sekadar tersenyum dengan tidak ambil peduli usikan sebegitu.
Bagaimana agaknya jawapan yang sesuai diberi kepada pelajar tersebut?.Boleh saja pemilik pena mengatakan ianya dilarang dalam Islam sebab perbuatan tersebut seakan-akan menjurus kepada perbuatan zina, atau mendekatinya. Sudah sedia maklum perbuatan tersebut dilarang dalam Islam berdasarkan ayat al-Quran dalam surah al-Isra'.
Maka, soalan tersebut pemilik pena jawab dengan kesesuaian yang bertanya. Lebih baik jauhkan dari perbuatan tersebut memandangkan perbuatan tersebut hanya ingin bermesra dan suka2 bersama pasangan. Islam sama sekali tiada kompromi dalam persoalan hubungan bukan mahram lelaki dan perempuan. Setelah itu, pelajar tersebut masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diberi memandangkan padanya ianya sekadar bertukar-tukar straw atau sudu.
Lihatlah pelajar di akhir zaman. Jawapan sudah terpampang, tapi masih mencari jawapan lain yang menyokong perbuatannnya. Semoga kesedaran dalam pergaulan dan bersosial berlandaskan Islam terbuka luas kepada semua pengunjung di sini.amin..

Sunday, November 01, 2009

MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN

Kehidupan seharian di pejabat/organisasi/tempat kerja sentiasa dibebani dengan pelbagai tugasan dan kerja yang dipertanggungjawabkan ke atas kita. Ada tugasan yang penting dan perlu diselesaikan dengan segera, dan ada juga tugasan yang penting tetapi tidak perlu disegerakan pelaksanaannya. Apa jua tugasan sekalipun, sebagai warga organisasi yang berdedikasi haruslah melaksanakannya dengan cara yang betul dan tepat pada waktunya.
Pelaksanaan sebarang tugas di pejabat perlulah dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan beretika. Tugasan yang diamanahkan kepada kita seharusnya dielakkan daripada tergendala atau sengaja memperlewatkan kerja tersebut. Ianya juga perlu dilaksanakan dengan tatacara yang betul dan tepat. Melaksanakan tugas dengan beretika membawa maksud melaksanakannya mengikut prosedur dan spesifikasi yang digariskan tanpa ada unsur penipuan dan sebagainya. Misalnya, kita ditugaskan untuk menyelesaikan kerja percetakan dan kemudiannya untuk diedarkan kepada semua pekerja. Kerja tersebut mengkehendakkan kita mendahulukan sejumlah wang dari poket kita sendiri dengan jaminan kita akan dibayar balik dengan kadar tersebut. Apabila diminta untuk membuat tuntutan wang yang didahulukan, maka kita menuntut wang melebihi kadar yang digunakan.
Tuntutan tersebut merupakan satu amalan yang tidak beretika dan bertanggungjawab. Ianya merupakan perbuatan mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Keadaan tersebut juga melanggar etika Islam. Dalam semua urusan, Islam menggariskan etika-etika yang perlu diaplikasikan agar budaya negatif tidak wujud dalam pengurusan. Islam menyuruh kita melakukan tugasan dengan rasa amanah dan tanggungjawab. Islam melarang sekeras-kerasnya amalan khianat dan tidak bertanggungjawab. Kita hanya dibolehkan mengambil sesuatu hak pada kadar yang dibenarkan kepada kita. Kita sama sekali dilarang untuk mengambil bukan daripada hak kita. Gambaran yang jelas diberikan berkenaan sesuatu yang diambil bukan daripada hak kita bakal menerima balasan setimpal. Ini dijelaskan dengan satu hadith Rasulullah SAW yang menerangkan sesuatu yang haram (disisi Islam) masuk ke dalam tubuh kita, dan dengan makanan atau minuman atau sumber tersebut maka terhasillah daging daripadanya, daging tersebut hanya layak dijamahi oleh api neraka.
Moga-moga dengan keterangan hadith tersebut akan menjadikan kita lebih beretika dalam melaksanakan tugas. Kesedaran dan keyakinan terhadap kepentingan hidup beretika dalam kerjaya ini bakal membuahkan hasil yang positif bagi organisasi, dan individu.

pengenalan.....

salam dan selamat sejahtera,
ruang di alam maya ini sebenarnya bukan alam baru bagi pemilik pena. namun untuk melatih bakat menulis dan menukil di alam maya ini agak baru bagi pemilik pena.ان شــا الله akan berkongsi beberapa nukilan dan penulisan ilmiah bersama pelayar alam maya ini..
moga sahabat alam maya sama-sama berkongsi pendapat dengan pemilik pena.