Pages

Wednesday, December 14, 2011

::insan tua::

Kerana kesibukan melanda, saya langsung tak berkesempatan untuk meng'update' blog dalam tempoh seminggu dua ni. Terlalu banyak perkara yang saya perlu beri keutamaan. Malah, nak ber"blog walking" pun tak sempat.

Ini cerita masa saya ke sunway pyramid semalam. Sambil menunggu isteri mencari pakaian anak sehelai dua, saya duduk di depan satu kedai pakaian. Kebetulan berhadapan kedai tu ada satu kerusi. Saya ambil peluang menghilangkan penat dgn berehat di situ. Sambil menghirup air minuman, saya asyik perhatikan gelagat manusia yang lalu-lalang di situ.

Dalam keriuhan manusia yang datang membeli belah, mungkin ada yang sekadar window shopping, saya terpandang seorang wanita tua sedang berjalan melewati satu kedai ke satu kedai lain. Pada saya, mungkin umurnya lingkungan  60+. Langkahnya cukup perlahan bagai sedang menikmati limpahan cahaya neon di dalam kedai. Atau mungkin mengimbau memori bersama suami suatu ketika dahulu. 

Setiap kali melangkah, saya lihat tangan dan kakinya terketar-ketar. Terlihat diwajahnya langkah yang penuh pengharapan dan ketabahan. Mungkin kesan stroke .Atau mungkin juga parkinson. Rasa saya bukan parkinson.

Bila dipandang, tiada pula insan lain menemaninya. Mungkin keseorangan fikir saya. Saya perhatikan tiada beg tangan bersamanya. Sekadar menggenggam satu purse di tangan kirinya. Memakai baju yang agak pudar warna, tapi masih nampak kemas. Bersih.

Dari satu kedai ke satu kedai, saya perhatikan dia masuk dan mencari-cari sesuatu. Terlihat di wajahnya sedikit hampa bila seorang pelayan datang kepadanya dan mengeleng-gelengkan kepala. Fikir saya, mungkin barang yang dicari tiada disitu. Atau mungkin sudah kehabisan stok .

Bila tiba betul-betul di hadapan saya, dia terus masuk ke dalam kedai di depan saya. Saya tertanya-tanya, apa sebenarnya yang ingin dibeli memandangkan kedai-kedai yang disinggah semuanya kedai pakaian lelaki. Saya cuba perhatikan apa sebenarnya yang dicari. Sambil melihat dia memanggil seorang pelayan kedai tersebut, agak muda, seorang perempuan cina yang mungkin baru menginjak umur 20 pada hemat saya, saya cuba memasang telinga mendengar apa yang ditanya.

Dalam keriuhan, saya hanya sempat menangkap beberapa perkataan. Dia mencari tali leher yang berwarna biru gelap. Dan pelayan kedai tadi membawanya ke bahagian tali leher dan menunjukkan beberapa pilihan yang ada. 

Untuk siapa tali leher yang dibeli tu. Saya tertanya-tanya. Untuk suami?. Mungkin, kalau suaminya masih bekerja. Dan kerana bekerjalah maka dia keseorangan di situ. Atau mungkin untuk anak, yang baru saja habis U dan untuk hadiri temuduga. Saya cuba membuat andaian sendiri.

Apa saja andaian yang saya buat, saya rasa cukup insaf dan terharu. Seorang insan bergelar wanita, dan saya pasti dia seorang ibu, sanggup melangkah dengan penuh tabah, melewati satu kedai ke kedai lain, hanya mencari sehelai tali leher untuk insan yang tersayang. Dan pada saya dia wanita yang sangat penyayang kerana mungkin tie berwarna biru gelap itu permintaan anak, atau suami, dan juga mungkin dia tahu warna kesukaan insan tersayang tersebut, atau mungkin dia memilih yang paling sesuai dengan baju yang ingin dipakai nanti..

Satu saja perkataan yang saya boleh ungkapkan.

PENGHARGAAN. 

1 comment:

  1. begitulah kasih wanita.... betul... sampai ke hujung nyawa..

    ReplyDelete