Pages

Friday, October 07, 2011

::kenal erti susah::

Salam Jumaat semua. Ni saya baru je balik solat jumaat. Kebetulan sesampai je di pejabat, langit dah bertukar warna. Gelap semacam. Petanda nak hujan.

Masa keluar dari masjid td, nampak ramai sangat orang duk berniaga di luar pagar masjid. biasanya sebelum jumaat dah ada pelanggan yang datang duk membeli, samada makanan, minuman dan macam2 lagi ada, semua nya nampak laris. Selesai solat, jemaah yang keluar dari masjid pun ramai yang nak membeli. Murah rezeki betul peniaga2 tu. Agaknya, kalau lah hujan turun tiba2, camana la nasib peniaga2 yang berbumbungkan payung je tu?!

Kesian betul..tu baru yang berniaga. Kalau yang bertani agaknya camana?.itulah namanya lumrah kehidupan. Allah berikan kita sesuatu nikmat, atau menarik sesuatu nikmat dari kita, mesti ada hikmah. Mungkin peniaga tu tak dpt berniaga hari ni, tp mungkin esok kalau dia buka gerai, makin ramai yang datang...


::terengganu:: by neobalanocarpus
::terengganu::, a photo by neobalanocarpus on Flickr.

Ringkasnya, rezeki Allah yang tentukan, syukur dengan apa saje yang kita terima, anggaplah kesusahan itu satu nikmat dan sentiasa bersangka baik kepada Allah... 

3 comments:

  1. assalamualaikum..

    trime kasih kerana berkunjung , folo dan komen di blog saya..

    saya hargai kunjungan sdra..semoga berkunjung semula dan selamat berkenalan

    ReplyDelete
  2. cantik nye gambo tu, pakai dslr ke?

    hidup kite ni ada turun naik nye...
    kena sntiasa beringat kan ;(

    ReplyDelete