Pages

Wednesday, October 19, 2011

::majlis tidur beramai-ramai::

Semoga blogger-blogger sekalian berada dalam lembayung hidayah Ilahi.
  
Ni nak cerita pasal nak ajak kawan gi dengar ceramah. Kalau bab ceramah-ceramah ni, (bukan ceramah politik), mesti ramai yang rasa boring. Kalau ajak gi window shopping, lepak2, tengok bola, nonton wayang, (walaupun kena keluarkan duit) pasti ramai yang sanggup. Dah kompem kalo nak gi dengar ceramah, kebanyakan kawan-kawan akan tanya, sape penceramahnya. Kalau penceramah best, ada la jugak rasa nak ikut katanya. Kalau tak best, katanya baik diorang wat keje masing-masing. Al-Maklumlah, daripada diorang datang majlis ceramah, pastu tido beramai-ramai, baik diorang gi jumpa kawan2..

Pasal apa agaknya jadi camtu?. Sebut ceramah, ramai yang tidur. Tak berminat. Tak ada masa. Tak Best.

Antara sebab2nya adalah kerana kaedah penyampaian kurang menarik. Ni termasuklah kuliah-kuliah di IPT dan khutbah jumaat. Cuba korang tengok hari jumaat di masjid2. Kalau khatib yang bertugas tu kategori yang baca text khutbah,(bukan berkhutbah tanpa text), ditambah pula dengan nada bacaan yang senada je, majlis jumaat tu akan jadi majlis tidur beramai-ramai. Sama la keadaannya kalau dalam kuliah di IPT, kalau lecturer jenis yang baca nota macam belajar sejarah sekolah menengah dulu, pastu duduk je di kerusi pasti ramai yang terlena di ulit intan..errkk. Maknanya kalau berdiri tegak je memanjang sampai habis waktu, alamatnya tidur lah semua jemaah.

Cara Yang Paling Menarik. 

Dah tentu kita nak tengok cara nak berceramah yang paling menarik kan?.Kalau kita sebagai cikgu, dah tentu kita nak student kita beri perhatian sepanjang sesi pembelajaran, kan?

So, cara paling menarik yang saya nak kongsikan di sini adalah cara mengajar gaya Rasulullah SAW. 

Caranya ialah, gunakan pelbagai deria dan anggota badan dalam menyampaikan satu-satu ilmu. Contoh, kalau kita nak ajar sejarah tentang Tanah Melayu, kita kena sertakan gaya macamana keadaan rakyat kena serang oleh penjajah pada masa dulu. Kalau keadaan yang kena bom, cikgu2 kena bangun dan gayakan dengan badan sekali camana keadaan orang yang lari selamatkan diri dari diBOM. 

Contoh lain, kalau nak ajar matematik. Ambil contoh mudah la senang. Nak ajar 5 tambah 5. Kena cari 5 barang @ benda dan letakkan di depan kelas. Pastu tunjukkan dengan gaya camana terjadinya proses penambahan tersebut.

OK. itu caranya. Eh, tadi cakap cara mengajar gaya Rasulullah?

Ya. Inilah cara Rasulullah ajar para sahabat radhiyallahu anhum dalam beberapa perkara. Antaranya ialah ketika Rasulullah nak bagitau kedudukan Baginda di dalam syurga bersama dengan anak-anak yatim.

أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ وَأَشَارَ مَالِكٌ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى 

Rasulullah saw bersabda: Aku dan dia (anak yatim) seperti ini di dalam syurga ( sambil mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah rapat-rapat).

Rasulullah s.a.w menggunakan tangan untuk menunjukkan betapa rapatnya baginda dengan anak yatim di syurga kelak.

Semoga kita dapat beramal dengan sunnah ini. : ) 

                                                            gambar hiasan Ustaz Zahazan.


2 comments:

  1. Assalamualaikum...


    bila menyampaikan sesuatu time ceramah, bukan stakat cara cakap, tone suara jer tp secara ringkasnya body language pun mainkan peranan. mcm di tganu, kitorg suka pi dengar ceramah ustaz azhar idrus. famous sbb cara penyampaiannya yg menarik. kadang2 ada gelak2 juga sbb setiap keberkesanannya. contoh2 yg dia bagi juga sekali2 agak tajam...ramai yg suka.

    happy blogging :-)


    regards,
    BLADE EDGE

    ReplyDelete
  2. mekasih share ilmu bermanfaat di sini ;)

    ReplyDelete