Pages

Monday, October 31, 2011

::betul ke abang boleh kahwin empat?::

Semoga pembaca2 sekalian berada dalam kesejahteraan dan mendapat lindungan rahmat Allah swt. Agak jarang saya meng'update' blog sekarang ni. Bukan masalah kekeringan idea, tapi saya rasa lebih kepada komitmen. Apa2pun, saya akan cuba beri perhatian pada blog tak seberapa ni agar blog ni tak merajuk.

Al-kisah kahwin ni, dah tentu ramai yang dah pun dapat jemputan kahwin sempena cuti sekolah ni, kan?.Saya sendiri pun dah dapat 4 jemputan. Tak tahu la sempat penuhi semua jemputan atau tak. Pastinya, kenduri kendara dah bermula seawal cuti raya Qurban lagi. Dalam cuti sekolah tak yah cakap lah.

Kepada yang bakal menamatkan zaman bujang, tahniah diucapkan. Moga2 kalian berada dalam kumpulan mereka yang disebut Nabi sebagai telah sempurna separuh imannya. Kepada yang dah berkahwin, jangan gelojoh nak kahwin lagi. Betul, itu sunnah. Tapi, jangan sampai tanggungjawab terabai.

Kawan2, kalau bab kahwin ni, ramai pula yang terus ingat sunnah ye. Cepat betul kita respon kepada sunnah dalam kahwin ni. Sebut je sunnah Nabi, terus fikir kahwin. Agaknya, kalaulah semua respon kita terhadap suruhan dan tuntutan Islam ni sama, rasa2nya umat Islam akan bahagia, aman dan damai.

Bayangkan kalau kita merespon terhadap semua tuntutan Islam sesegera kita merespon sunnah dalam bab kahwin ni?! contoh, bila kita dengar, baca atau tahu akan seruan Allah dalam ayat berikut:


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا




Maksudnya: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59) (Al-Ahzab, ayat 59)
sudah tentu kita akan faham akan tuntutan Islam terhadap aurat kaum wanita. Ianya dituntut supaya menutup serta melabuhkan pakaian di bahagian kepala serta ke dada.

Kemudian, contoh lain;



يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُواْ ٱلرِّبَوٰٓاْ أَضۡعَـٰفً۬ا مُّضَـٰعَفَةً۬‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٣٠


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (130)   (Surah Ali-Imran)

Bayangkan kalau semua manusia yang beriman merespon kepada ayat di atas dengan sesegera mungkin meninggalkan urusniaga berasaskan riba?!. Saya jamin, bank konvensional lingkup sama sekali.


Banyak lagi suruhan Allah yang tidak saya nyatakan di sini. Agaknya kalau semua suruhan Allah terhadap orang beriman direspon dengan segera, pasti perkara mungkar dapat dielakkan.

Eh, kita dah merespon ke belum terhadap tuntutan menyegerakan waktu solat kita?.

Kita dah merespon ke belum tuntutan berbuat baik kepada semua orang?

Dan kita dah merespon ke belum terhadap tuntutan Islam untuk mencegah kemungkaran?

Banyak bukan tuntutan Islam. Yakinlah, semuanya untuk kebaikan.

Jangan semata2 merespon untuk kahwin empat je....ehehe.

0 komen:

Post a Comment