Pages

Friday, September 09, 2011

::komentar Ops Sikap 24::

hmm, kali ni aku rasa cam terpanggil2 je nak bagi komentar. kalau direnungkan, ye la, sape la aku ni. Insan yang mampu bersuara je. Nak ambik tindakan, aii, susah bebenor rasenye..x reti la nak berurusan cara2 nak ambik tindakan ni..yang aku tau cuma tunggu PRU je nanti..tu pun, kalo aku sorang2 x mampu..nak kene pakat ramai2. paling2 tidak separuh kampung baru boleh..harap2 kome faham la ye..

tu muqaddimah nye..citer nye, pasal Ops Sikap yang gagal tu..tu yang aku baca kat Sinar Harian  la(9:45 9sept2011)..hmm, aku jugak rujuk pada web rasmi pdrm : PDRM ..(9:55 9sept2011)..
kemudian, dalam berita TV (x ingat tarikh, tp samada hari khamis, jumaat @ sabtu 1, 2 atau 3 sept) haritu ada sebut faktor kedua penyumbang kepada berlakunya eksiden ni adalah keadaan jalanraya. faktor utama of kos la sikap pemandu @ pengguna jalanraya..

aku baca plak blog ini yang katanya dipetik dari sini, beberapa tempat yang sering berlaku kemalangan maut di kelantan..

yang aku nak kabo kan, tempat2 yg dinyatakan tu memang teruk keadaan jalan nya. jalan k.krai-gua musang memang sangat2 teruk dan perlu dinaiktaraf. sape2 yang pernah guna laluan tu pasti setuju kenyataan ni. 

so, sekarang, statistik dah ada. kemalangan makin bertambah. kempen dah buat. dan faktor utama dah jelas iaitu sikap. so, semua tahu nak ubah sikap satu proses yg memakan masa. so, kenapa tak cuba kurangkan kemalangan dgn cara ubah faktor kedua terlebih dahulu..

kalau refer pada blog ondscene ini memang banyak sangat laluan sakaratul maut..so, pe kate baiki dlu jalan2 yang rosak teruk n jalan2 penyumbang kpd kemalangan. Itu lebih baik dari duk kira statistik tiap2 tahun tp xde kesan..

bukan nak tuding jari pada mana2 pihak. Kalau ada yang terkena @ terasa, mohon maaf byk2.. kepada pihak berwajib, jangan pikirkan kepentingan politik semata2 bila nak wat jalan baru. bila geduk di bunyikan tanda PRU dah nak tiba, baru duk tabur janji nak wat jalan. pastu, bila menang, masing2 duk diam menghilang ntah ke mana.. yang kalah apatah lagi. kepada YB2, ambik la peluang ni utk berbakti kpd rakyat dengan memperbaiki jalan2 raya utama..

ps; entry beremosi jugak hari ni...entry tidak bergambar..

7 comments:

  1. jalan memang tak elok... Kete asyik buat aligment jer... charge naik, cukai betambah.. dpt gaji laju2 pergi bengkel.. Memang smpai kesudah la...

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang kalau ayh drive tu, bwk laju pulak, biasalah tu kan, lalu jalan yang tak elok, bergegar-gegar otak duduk dalam kereta. kena pandai kawal stereng ah, kalau tak, mmg tak dpt diselamatkan lah.

    ReplyDelete
  3. setuju bro bab jalan raya di malaysia memang sangat teruk, malah hiway sekalipun banyak ketika yang rosak dan perlu di baikpulih. walaubagaimana sekalipun, aku amat2 berharap mentaliti dan sikap pemandu2 di malaysia (termasuk diri aku), dapat berubah serta kita saling hormat menghormati pengguna jalanraya yang lain

    ReplyDelete
  4. mmg emosi bile buat entry serius apalagi melibatkan nyawa ni kan...

    mmg malang tak berbau tpi kita kena sma-sma buat yg terbaik...

    salam kenal dan foloooo :)

    ReplyDelete
  5. jalan akan elok kalau ade org besr2 je nak dtg.. huhu..

    p/s : nanti mira try buat.. mekasih ek!

    ReplyDelete
  6. memang betul r.. kat tempat aku 5 kmalangan kecil berlaku di 5 km pertama

    ReplyDelete
  7. jalan kat msia ni mmg teruk sngt...alignment lari ooo

    ReplyDelete