Pages

Thursday, September 08, 2011

::canang cerita nak tagih simpati::

dunia ni pasti tak lupa la citer 11 sept.. ala kisah twin tower tu. ramai yang lahirkan rasa simpati pada keluarga mangsa. tak kurang yang mengutuk keras dan habis2an tindakan tersebut yang menyerang dan meruntuhkan  bangunan terkemuka dunia tu.

bila buka web terkemuka dunia yang berkiblatkan barat, rata-rata mencanang cerita sensasi dalang disebalik serangan tersebut. Canangan tu pastinya tertumpu kepada Islam. Seolah-olah Islam dan terrorisme macam serasi. Seolah-olah dalang serangan adalah Islam.. Waduh, bisa sungguh canangan tersebut.

Nampak bagaikan kejamnya Islam. Jahatnya penganut agama Islam. Zalimnya umat Islam.

Dunia dicanang cerita yang sama..



Tapi, sedarkah, tujuan sebenar canangan tersebut ?

Agaknya ramai yang masih terlena dengan peristiwa saudara Islam kita di Palestin. Kematian dicatatkan setiap hari. Harta dan rumah dimusnahkan sesuka hati. Tanah dan sempadan dirampas tidak siapa peduli. Malah, pencabulan hak asasi manusia berlaku di sepanjang Ramadhan di saat umat Islam leka beribadah.

Cuba renung pada serangan di Afghanistan. Apakah hujah mereka kukuh yang mengatakan Osama berada di sana? jawapannya TIDAK sama sekali.

Akhirnya, Pakistan pula dituduh bila kediaman Osama dijumpai di sana. 

Hakikatnya, kemana pergi kekuatan umat Islam?. Usah dipersoal kekuatan Islam kerana Islam sememangnya kuat. Yang lemah hanyalah umatnya. Hilang penyatuan. Hilang pegangan.

ps: beremosi bila tgk web2 berkiblatkan barat mencanang cerita kesedihan dan trauma keluarga mangsa tragedi 11 sept.. kenapa tidak dihebahkan kisah kematian di Palestin, Afghanistan?.

Aku Yang Teremosi,
Neobalanocarpus.

2 comments:

  1. betul tu... hilang penyatuan hilang pegangan... aku pun ikut teremosi baca entri ni

    ReplyDelete
  2. saya pun nak turut beremosi bila baca entry ni. tapi kuasa barat terlalu besar dan kuat nak dilawan. pengaruh mereka merata. saya nak cakap pon tak tahu. sebab tak baca papers, tak tengok berita.taktaw yg sebenarnye.

    ReplyDelete