Pages

Monday, November 02, 2009

::Soalan daripada pelajar....!!::

Hari ni pemilik pena telah mengadakan test untuk mid-term kepada para pelajar. Test ini sebenarnya bertujuan untuk memenuhi kehendak MQA dalam menetapkan kelulusan bagi kurusu-kursus tertentu. Maka selepas selesai test tersebut ( tempoh sejam shj ), maka pemilik pena membuka ruang bertanya kepada pelajar untuk apa-apa masalah atau persoalan. Tiba-tiba seorang pelajar perempuan bertanyakan soalan yang agak menduga minda dan iman pemilik pena.
Pelajar tersebut bertanyakan apakah hukum kalau berkongsi sudu, straw minuman atau gelas dengan kekasih? Boleh atau tidak. Agak tergamam seketika bila diaju soalan sebegitu. Pemilik pena berfikir sejenak sebelum menjawab. Dan ada usikan nakal daripada pelajar yang mengatakan pemilik pena teragak-agak nak menjawab sebab pemilik pena pun pernah melakukannya dengan kekasih. Pemilik pena sekadar tersenyum dengan tidak ambil peduli usikan sebegitu.
Bagaimana agaknya jawapan yang sesuai diberi kepada pelajar tersebut?.Boleh saja pemilik pena mengatakan ianya dilarang dalam Islam sebab perbuatan tersebut seakan-akan menjurus kepada perbuatan zina, atau mendekatinya. Sudah sedia maklum perbuatan tersebut dilarang dalam Islam berdasarkan ayat al-Quran dalam surah al-Isra'.
Maka, soalan tersebut pemilik pena jawab dengan kesesuaian yang bertanya. Lebih baik jauhkan dari perbuatan tersebut memandangkan perbuatan tersebut hanya ingin bermesra dan suka2 bersama pasangan. Islam sama sekali tiada kompromi dalam persoalan hubungan bukan mahram lelaki dan perempuan. Setelah itu, pelajar tersebut masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diberi memandangkan padanya ianya sekadar bertukar-tukar straw atau sudu.
Lihatlah pelajar di akhir zaman. Jawapan sudah terpampang, tapi masih mencari jawapan lain yang menyokong perbuatannnya. Semoga kesedaran dalam pergaulan dan bersosial berlandaskan Islam terbuka luas kepada semua pengunjung di sini.amin..

0 komen:

Post a Comment