Pages

Wednesday, November 04, 2009

JAIS vs ASRI ZAINAL ABIDIN

Salam dan selamat sejahtera buat para sahabat….

Semalam kita dipaparkan dengan berita gempar yang memenuhi dada-dada akhbar dan siaran berita radio televisyen. Hampir setiap akhbar penuh dengan berita hangat tersebut. Penangkapan yang dibuat oleh pihak JAIS terhadap seorang bekas mufti, Ustaz Asri Zainal Abidin, yang sedang berceramah di sebuah rumah di KL. Selepas penangkapan tersebut, pelbagai isu, tohmahan, tuduhan, dan tak kurang juga lontaran pandangan yang berasas dilontarkan kepada U.Asri. Insan-insan yang mengikuti cerita dan perkembangan dari awal berkenaan ustaz, pasti tidak hairan dan terkejut. Namun, yang masih tidak tahu, bertambah bingung dengan tuduhan dan tohmahan terhadap Bekas Mufti, bukan calang-calang orang.
Pemilik pena juga bukanlah yang selalu mengikuti perkembangan ustaz. Namun, sedikit sebanyak pernah terbaca dan tahu siapa ustaz. Kalau diikutkan, bilamana seseorang pernah menjawat jawatan mufti dalam sesebuah negeri, ini bermakna beliau mempunyai kelayakan yang sewajarnya. Mungkin hanya terdapat segelintir sahaja mufti yang dilantik atas tiket politik.
Dalam kes ustaz, pemilik pena banyak bersetuju dengan apa yang terpapar di dada-dada akhbar. Namun, sejauh mana kesahihan berita tersebut, biarlah ustaz sendiri yang menjawab memandangkan beliau lebih kenal dan tahu siapa beliau, dari segi kelayakan dan sebagainya. Tetapi, satu perkara yang pemilik pena ingin menarik perhatian ialah fahaman beliau dalam hal ehwal keagamaan. Fahaman yang beliau ada dan ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia, pada pandangan peribadi pemilik pena, adalah kurang sesuai untuk diamalkan. Banyak perkara dalam hal ehwal keagamaan di Malaysia telahpun ulama’-ulama’ nusantara terdahulu mengkaji dan meninggalkan satu ajaran yang sesuai diamalkan di sini. Mereka (ulama’ nusantara) mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu keagamaan dan layak untuk member fatwa.(boleh rujuk beberapa kertas kerja seminar al-quran dan hadith di nusantara , Universiti Malaya, 2008).
Kaedah penetapan hukum dalam Islam,( setahu pemilik pena) adalah berperingkat dan sama sekali tidak menafikan budaya dan amalan persekitaran. Dalam usul feqh, ianya dikenali sebagai ‘URF. Dalam budaya Malaysia, sebagai contoh, mengamalkan tahlil beramai-ramai tidak melanggar nas dan dalil dalam Islam. Ianya juga ada maslahah yang perlu dilihat demi masyarakat sejagat. Dengan sebab itulah, ada beberapa hukum perlu melihat kepada keadaan dan persekitaran.
Ini hanyalah sebagai pandangan peribadi pemilik pena. Andainya ada yang kurang bersetuju, itu hak masing-masing. Namun, sebagai umat Islam, kita perlulah meneliti sesuatu berita terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum atau menuduh tanpa bukti. Moga-moga keadaan ini menjadikan rakyat Malaysia celik mata dan hati dalam hal ehwal keagamaan, seterusnya mengenali siapa pakar ilmuan dan hukum di tanah air tercinta….




klik di sini!

dan di sini!

juga di sini!

sini juga!

0 komen:

Post a Comment