Pages

Sunday, November 27, 2011

::amanah dan fitnah::

Allah s.w.t berikan kita anak sebagai pewaris kepada keturunan kita bukan sia-sia. Ianya sebagai amanah. Tapi ramai yang lupa dan alpa. Ramai yang khianat akan amanah tersebut. Terlupa untuk mendidik anak mengenal halal dan haram. Tak endah akan solat anak-anak. 

Sebab itulah anak-anak adalah sebagai alat daripada Allah bertujuan menguji hamba-hambaNya. Andai kita sebagai hamba Allah mampu mendidik anak ke jalan di redhai Allah, maka ganjaran besar menanti. Sebaliknya, ia memakan diri kita dengan pelbagai fitnah dan bala.


Lihat saja kes-kes remaja dan muda-mudi di depan mata. Berita rempit, kes buang anak, penzinaan malah pembunuhan berleluasa. Mana mungkin semua berlaku kalau anak-anak di bawah pengawasan rapi ibu ayah. Hampir mustahil berlaku kalau ayah ibu tegas dalam membentuk sahsiah anak-anak. 

Harap-harap kita sama-sama sedar akan besarnya peranan ibu ayah dalam membentuk masa depan anak-anak. Jangan terlalu lebihkan hiburan sehinggakan anak-anak cepat terleka. 

ps: pesanan ini utamanya untuk diri sendiri dan dikongsi bersama pembaca.

Petikan dari Al-Quran : surah al-anfal, ayat 28.

وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (28)

6 comments:

  1. pentingnya corak didikan ibu bapa buat anak2..

    semoga semuanya diberkati Allah, amin :)

    ReplyDelete
  2. subhanaallah..
    semalam saja yg dh dengar pengakuan kurg senang sorg kwn tmpt kerja.. runtuh hati bila fikirkan muda mudi skrg

    ReplyDelete
  3. hiburan yang melekakan... jom jauhinya

    ReplyDelete
  4. Dalam masyarakat zaman mini kita boleh nampak sekumpulan remaja... Kaum manakah yang benar2 berusaha, kaum manakah yang menunjukkan gangsterisme... Amat menyedihkan...

    ReplyDelete
  5. Amirah : amin, insyaAllah.
    amna : semua ada depan mata.
    khaifaiz: jom2...
    Tea : terasa kesedihan...

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian. salam kenal.

    ReplyDelete