Pages

Thursday, October 20, 2011

::rendah diri::


Apa perasaan kita sekiranya seorang yang disegani dan dihormati memberi salam, menyapa dan bersembang dengan kita semasa berselisih di luar pejabat?

Apa persepsi kita terhadap orang yang menjawat jawatan tinggi dalam organisasi bertanyakan soalan peribadi kepada kita?

Ya..jawapannya mestilah kita akan rasa gembira dan teruja. Dan dah tentu kita akan rasa dia seorang yang ambik berat terhadap staf bawahan.


Rasa hormat kita dah tentu bertambah2. Apatah lagi dia seorang Pengarah Urusan (Managing Director) sebuah syarikat yang besar. Kedudukan kita dgn dia as MD jauh bezanya, tp dengan rendah diri dia sapa kita dgn sopan dan respect kita sbg staff di organisasi dia..

Teruja sangat hari ni bila MD menyapa saya sambil berbasi2 di depan tangga menuju ke basement park.

Itulah pemimpin yang perlu dicontohi. Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin umat Islam pun boleh bersapa dan bertegur dgn rakyat, apatah lagi kita insan biasa.

Kan indah hidup ni kalau sentiasa senyum, tegur dan sapa kawan2 pejabat. Tiada lagi istilah sombong dan berlagak. Kalaulah semua pemimpin ada etika ini, kompem nak datang pejabat pun ada motivasi tiap2 hari..

3 comments:

  1. Ya..InsyaALLAH.. Smg terus dberkati..

    ReplyDelete
  2. Setuju.
    walaupun cuma kakak / abang senior di kampus yang senyum atau menyapa pun dah rasa COOL sangat, apatah lagi kalau pensyarah, pengarah dll yang lebih tinggi jwtn dalam kampus.. ^^

    ReplyDelete
  3. aku ingin juga meninggi diri...
    tapi harus terima hakikat.. aku rendah...
    aku redha..

    ReplyDelete