Pages

Wednesday, September 21, 2011

::soalan maut::

      
pergh..soalan maut tu..rasa macam tak nak jawab je. kadang-kadang dengar macam perli. tak pun menyindir. tapi apa boleh buat, dah jadi lumrah.

A   : wei, lama la tak jumpa. sihat ke?
B   : sihat je. cam biasa la. memang lama pun. 
A   : a'a. aku rasa sejak kau kahwin tahun lepas, kita dah tak jumpa kan?.sekarang baru jumpa balik.
B   : tu la pasal. maklumlah, kau kan kat Johor, aku pula kat Perak. Bila masa nak jumpa.
A   : eh, isteri kau ape citer?.dah pregnant ke?.ke kau merancang ni?.wei, cepat-cepat la dapat baby. aku tak             sabar tgk member aku ada anak.
B   : (terdiam kejap)..hmm, belum lagi. belum ada rezeki..

itulah realitinya. bila ada kawan-kawan yang baru kahwin, mesti ada soalan-soalan mengusik yang singgah di telinga. malah tak kurang juga yang bertanya tu pun dari kalangan keluarga terdekat. kerap sangat orang duk tanya, bila isteri si fulan bin si fulan ni nak pregnant?!.tak pun, ayat pedas sikit, 'tak pregnant lagi ke'?.

yang tak tahan tu, soalan camtu datang dari kalangan bujang-bujang..macam la diorang ni dah kahwin nak tanya lebih-lebih. biasanya soalan-soalan camtu hanya boleh dikongsi dalam kalangan mereka yang se'status' sahaja.

hakikatnya, ramai orang kita terlupa sensitiviti orang lain. kita senang2 je duk tanya camtu. sedangkan kita tak tahu apa yang dilalui pasangan2 tu. sepatutnya, kontrol la sikit soalan2 sensitif camtu, kan...kena la jaga.

itu pengalaman yang saya lalui sendiri. ada je soalan2 sensitif singgah di telinga. apa2pun, yang bertanya kena la sensitif, yang kena tanya kena la cool and relax..kena pandai saiko balik..ehehehe..
  

ps:: pernah terdengar, minum susu kambing dan makan kurma baik untuk kesuburan..boleh cuba..

(",)

5 comments:

  1. saya pulak balik kampung raya hari tu, org kampung sibuk duk tanya bila nak tambah anak lagi ni? adoi la...dorang ingat buat anak ni mcm buat kuih agaknya...suka sgt tanya soalan sensitif mcm ni...
    sabar je la...

    salam kenal..terus follow sini...

    ReplyDelete
  2. susu kambing dan kurma = kesuburan... ini yg nk cuba ni

    ReplyDelete
  3. baru tanya soalan macam tu kat member semalam...sensitif ek soalan tu...kene lebih berhati2 ni

    ReplyDelete
  4. mungkin gaya soalan tuh tak kena pada tempat. soalan itu dah jadi biasa & lumrah. sebagai contoh, kita baru balik kerja, makcik jiran sebelah umah, tanya kita, baru balik kerja yer nak. hehehe...tak lah makcik, saya datang nak pasang astro. tak pun makcik tuh tengah siram pokok bunga & kita lak bertanya, tengah menyiram yer makcik. tak de la nak...makcik tengah tanak nasik nie. jom la datang makan sama.

    jika nada @ gaya pertanyaan kita betul walaupun tidak berapa 'sesuai" soalan ketika itu, namun mungkin tetap akan di jawab dengan jujur, namun jika gaya pertanyaan agak lain macam bunyi nyer... mungkin itu yang menyebabkan kita tersentap. mungkin jer kut.... hanya pendapat

    ReplyDelete
  5. wahida :jawab jgn x jawab..ehehe.
    khaifaiz: cuba..memang baik utk kesihatan.
    Edy Zaidi: tanya serius ke, tanya perli?.:P ehehe.
    eelobor: setuju. itonasi suara masa bertanya memainkan peranan..kalau nada mcm menyindir, itu yg sensitip...:D

    ReplyDelete