Pages

Monday, September 12, 2011

::apo la nasib ekau mamak::


semalam tetiba lak terasa nak makan telur bungkus  camni la lebih kurangnya [ http://qarmylaungu.blogspot.com/2011/05/bahan-bahan-6-biji-telur-1-labu-bawang.html ] maka aku rerajinkan kaki ku melangkah ke kedai mamak dekat rumah aku ni.

sesampai di kedai, aku dgn bangganya panggil 'an-ne' nak suh ambik order. aku pun cakap la:

aku       : mamak, u kasi telur bungkus satu, tomyam satu. bungkus ar..
mamak : roti telor satu, sama tomyam satu kaa?
aku       : bukan bukan..ini telur bungkus lauk. pastu kasi tomyam satu. bungkus tau.
mamak : okeh..(dengan kompidennya mamak tu tanya balik)..ini telur bungkus mau telur mata ka, telur dadar?
aku      : ayooo..(dlm hati, mamak ni x paham rupanya)..
             xpe la, saya order sama itu tukang masak saja la...

dua point yg aku kene ambik cakna..
1-nak order pastikan panggil org yg dah boleh faham bahasa melayu. jangan panggil mamak yg baru landing petang smlm kat epot.
2-setiap kali kalo nak cakap ngan org yg pelat2 cakap melayu ni, kena guna bahasa melayu betul. kalau tak, sampai bila2 pun diorang x leh paham. sbb tu melayu bila cakap ngan cina, melayu plak yg terlebih pelat nya.

3 comments:

  1. mamak2 ni kena masuk kelas bahasa Melayu ni... ahahahahaha

    ReplyDelete
  2. hehe.. lucu lucu lucu.
    kalau dalam pendekatan bahasa, kena guna teknik LEA nak ngajar someone dgn mslh cmni.. heheh...

    mamak.. mamak..

    ReplyDelete
  3. @khaifaiz nnt nak bagi mamak tu form suh isi BM julai..

    @amna pendekatan LEA tu cmana ye?.nnt bleh sy cadangkan kat mamak tu..

    ReplyDelete