Pages

Wednesday, August 03, 2011

::untung memanjang::

الســـــلام عليـكم

salam Ramadhan al-Mubarak. semoga kalian masih sihat dan kuat dalam menjalani ibadah puasa. hari ni masuk hari ke-3 kita berpuasa. dan malam ni malam ke-4 kita berterawikh. harap2 kita dapat teruskan ibadah puasa tahun ni dengan cemerlang dan ditambah dengan ibadah terawikh pd malamnya.


sekadar nak berkongsi satu perkara yang boleh menguntungkan kita semua lebih2 lagi di bulan ramadhan ni. Dan keuntungan ni dijamin takkan rugi. dipetik dari satu hadith, Rasulullah saw pernah bersabda:

اقرأوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه
Maksudnya : Bacalah (kamu) Al-Quran, kerana sesungguhnya ia (Al-Quran) datang di hari Qiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.
(rujukan: Kitab Mu'Jam Al-Awsath, bab Awwal Kitab)

kita diseru untuk membaca al-Quran, bertadabbur (memahami) serta beramal dengan seluruh isi Al-Quran. sama2lah kita berusaha untuk meningkatkan amalan membaca al-Quran, sekurang2nya 5 ayat sehari. baca al-Quran sedikitpun tidak akan merugikan kita. malah ianya banyak menguntungkan kita.



ps: baca 1 huruf dari ayat al-Quran dapat 10 kebaikan. kalau baca alif laam mim, akan dapat 30 kebaikan. kebaikan tu bukan dunia, tapi kebaikan akhirat. 1 kebaikan akhirat jauh lebih baik dari 1000 kebaikan dunia. Selamat Beramal...

1 comment: