Pages

Saturday, December 31, 2011

::Di Ambang 2012::



Sekejap rasanya masa berlalu. Putaran masa yang berdetik setiap saat membawa pelbagai kisah suka dan duka. Kita sedar atau tidak, hari kelmarin sudah berlalu pergi. Makin bergerak jauh dan pantas meninggalkan kita. Hari kelmarin sudah pun menjadi sejarah yang tak mungkin berulang.

Sekarang, kita di ambang 2012. Ya, tahun baru. Atau mungkin ada yang menganggap ia hanya sekadar angka. Dari 2011 ke 2012. Hanya bertambah satu nombor sahaja. Tapi, pertambahan satu nombor itu memakan masa 365 hari. Lama bukan?

Maka, sejarah baru yang akan tercipta untuk angka 2012 mengambil masa selama 365 hari juga. Kenapa dinamakan sejarah sedangkan ianya belum ditempuhi?! Pandang jauh kehadapan. Sejauh 365 hari kehadapan. Sudah pasti hari esok juga bakal bergelar sejarah.

Seperti 2011, kita akan melalui pelbagai karenah dunia dalam menghabiskan usia mendatang. Persoalannya, adakah kita nak biarkan sejarah yang bakal dicipta pada 2012 esok adalah sejarah hitam? Atau mungkin sejarah berulang sepertimana tahun 2011 ini?

2011 mencatat sejarah manis dengan pelbagai rekod kejayaan dan kecemerlangan dalam diri kita, sudah tentu kita akan kekalkan prestasi kita agar berada ditahap yang sama sekurang-kurangnya. Atau kita punya pilihan untuk menjadi lebih baik, malah lebih cemerlang dari 2011. Bukankah itu pilihan bijak?

Atau 2011 kita mempunyai rekod hitam dan kegagalan?! Adakah kita rasa senang dengan membiarkan kegagalan terus bersarang dalam hidup kita? Atau kita mempunyai misi untuk belayar di lautan 2012 menggunakan bahtera baru serta strategi baru yang lebih menjamin kejayaannya?!.

Nah, ini masanya kita fikir-fikirkan. Fikir ketat-ketat sebelum membuat sebarang perancangan untuk belayar. Pastikan bahtera kita betul-betul mantap untuk menempuh sebarang gelora di lautan 2012.

Jangan dilupakan lautan 2011 yang baru dilayari. Buat checklist semua pencapaian dan kegagalan dipelayaran yang lalu. Muhasabah seluruh aspek dalam diri kita. Persinggahan pada pelayaran 2011 kita banyaknya di pulau pahala atau pulau dosa. Perancangan untuk belayar di lautan 2012 nanti adakah akan melalui tepian pulau dosa, atau tepian pulau pahala? Atau nanti adakah wujud  persinggahan di mana-mana yang bisa memberi motivasi untuk sampai kan kita ke destinasi sebenar kita, iaitu Jannah.

Pastikan checklist kita betul-betul ikhlas. Jangan buat checklist sekadar nak sedapkan hati. Atau checklist untuk kaburi mata sendiri. Setelah selesai membuat semakan terhadap checklist, jangan pula berbangga dan lupa diri sekiranya didapati banyak persinggahan kita di pulau pahala. Jangan pula rasa kecewa sehinggakan membantutkan semangat sekiranya banyak menyinggah di pulau dosa. Bukankah Allah membuka banyak lagi laluan ke pulau pahala?

Sama-sama fikirkan dan renungkan sebelum belayar di lautan 2012.

1 comment:

  1. aku tak pernah ade checklist Neo... memang sikap aku yg agak tidak berapa teratur ler...

    Happy new Year!

    ReplyDelete