Pages

Tuesday, November 15, 2011

::monolog; Aku Kecewa::

Berpagian sebegini rasa, aku sangat kecewa. Aku kebingungan. Mana silap aku, tidak aku tahu. Segala cacat cela kekurangan serta ketidaksempurnaan langsung tiada ruang untuk diterima selaku manusia yang tidak sempurna. 

Apa kau ingat manusia harus sempurna segala aspek? Apa kau rasa diri kau dah sempurna untuk menafikan kekurangan insan lain?

Insaflah diri. Manusia Tuhan cipta tiada sempurna. Andai kau mahu dirimu diterima, maka terimalah seadanya. Perbetulkan cacat cela kekurangan insan lain tiada dilarang, malah dialu-alu. 

Cuma yang tak kena, dalam sepuluh perkara, semua kau hentam. Malah kalau seratus sekalipun, semua kau kecam.

Usah terlalu berkira. Jangan terlalu menegatifkan hidup insan. Dulu aku berkorban juga kerana mencari keserasian. Namun, bila bibit-bibit keserasian mula timbul, engkau mula mencari ruang celah kepincangan. 

Aku Tersangat Kecewa.

4 comments:

  1. kecewa itu sebenarnya pemangkin kepada yg lebih baik.....

    ReplyDelete
  2. eh..

    igt cari pasangan..kehkeh..


    sokong kata tea..

    dugaan untuk jadi lebih kuat..

    ReplyDelete