Pages

Friday, November 18, 2011

::Cerita Syurga dalam Al-Quran::

Hidup kat dunia ni sementara je. Semua tahu tu. Dan semua tahu akan mati tu permulaan hidup yang sebenar. Dan Allah s.w.t dah siapkan tempat khas untuk kehidupan kekal abadi kat 'sana'. Macam-macam ada. Hidup di 'sana' ibarat berada dalam sebuah taman yang penuh dengan nikmat dan keindahan. Tapi tu khas untuk mereka yang bertakwa dan patuh 'peraturan' hidup di dunia. Segala nikmat tu adalah balasan terhadap orang yang bertakwa.


Allah s.w.t Maha Mengetahui segala kehendak manusia. Apa yang manusia cenderung dan minat semua dalam pengetahuan Allah s.w.t. Sebab tu la juga Allah s.w.t berikan semua kecenderungan manusia itu dengan pemberian yang lebih baik di akhirat, bukan di dunia. Dunia ni tempat Allah nak test je makhluk2Nya.


Ni sebahagian cerita syurga dalam Al-Quran.


Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (31) (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; (32) Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya; (33) Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; (34) Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula perkataan yang dusta; (35) Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya), (36) Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);

2 comments:

  1. Syurga.. Ingin ku m'jadi ahlinya..
    Mampu ke?? Ya Allah.. berikan aku cahayaMU..

    ReplyDelete
  2. Kekadang di duni ini kita merasai syurga... Di syurga itu tidak tertanding rasanya... Mungkin...

    ReplyDelete