Pages

Friday, October 14, 2011

::berbilang isteri::

Semoga pembaca-pembaca sekalian berada dalam lindungan rahmat Allah s.w.t. 

Apa maksud tajuk entry kali ni?!.Mesti ada yang dapat 'tangkap' maksudnya, bukan?. Kalau ditulis begini. "P.O.L.I.G.A.M.I", mesti ramai yang terus tutup page ni. Tajuk yang kurang diminati oleh kaum hawa.

Kita sering dengar perkataan poligami. Biasanya perkataan dan perbahasan isu poligami ini akan terbit dari kaum Adam. Kaum Hawa kebanyakannya cuba mengelak dari berbicara perkara tersebut. Kalaupun ada yang sudi berbicara, pasti ianya akan ada hujah bantahan barang sepatah dua.

Kenapa? Adakah berbilang-bilang isteri ini tidak elok? Atau banyak sangatkah negatifnya hidup berpoligami?

Banyak sebabnya. Mungkin sebab fitrah wanita yang mempunyai naluri cemburu yang kuat sehinggakan tidak sanggup melihat suami bersama wanita lain. Atau mungkin dalam hidup, wanita tidak suka berkongsi. Tapi pada saya, ramai wanita menolak dan berdalih  untuk berpoligami, adalah berpunca daripada LELAKI sendiri.

Kenapa?

Senang saja jawapannya. Kerana ada segelintir lelaki yang mempunyai berbilang isteri ini tidak BERLAKU ADIL. Malah ada yang mengabaikan TANGGUNGJAWAB dalam rumahtangga, sehinggakan isteri-isteri dan anak terabai. Lebih teruk lagi, SI SUAMI sering menyerahkan sepenuhnya urusan rumahtangga kepada isteri-isteri sehinggakan bebanan tersebut tak tertanggung oleh isteri.

Tidak kurang juga yang 'ringan tangan' memukul dan mencederakan isteri bila berlaku konflik. Mungkin ianya kes terpencil, tapi ia tetap memberi impak yang besar. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Andai kaum Hawa yang membaca kenyataan ini, pasti mereka berfikir banyak kali sebelum mengizinkan suami berkahwin lagi, malah ramai juga yang akan membantah. Puncanya? Kerana realiti kehidupan hari ini memang wujud kes-kes di atas. 

Penyelesaian

Kaum Adam perlu tahu hukum-hakam dalam Islam. Bukan sekadar tahu, malah lebih dari itu, perlu penghayatan dan praktik ajaran Islam dalam kehidupan. Jadikan Islam sebagai budaya. Lekatkan di jiwa sepenuhnya ajaran Islam. Yang Wajib didahulukan, Yang Sunat diutamakan.

Berhemah, bertanggungjawab, bertoleransi dan banyak lagi.

Saya yakin, kalaulah ada lelaki seperti itu, jumlah wanita yang takut berpoligami akan berkurang, malah mereka boleh menerima ketentuan Ilahi.


ps: terima kasih kepada meimey yang berkongsi idea dan perbincangan tentang tajuk entry.
ps: antara sunnah Rasulullah s.a.w adalah membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Tak sempat satu surah, separuh pun tak mengapa. InsyaAllah, ia dikira sebagai hasanah.

5 comments:

  1. Insya'ALLAH.. Wanita dilahirkan utk di didik.. Didikan yg sempurna melahirkan wanita yg solehah.. Sebaik2 phiasan di dunia ialah wanita yg solehah..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan artikel ni
    *tak tau nak komen lebih2 sbb tak mengalaminya :)

    ReplyDelete
  3. sebagai lelaki dan bakal suami.. isteri itu tanggungjawab..

    ReplyDelete
  4. mudah2an dipertemukan jodoh yg bertanggungjawab...:)

    ReplyDelete