Pages

Tuesday, September 20, 2011

::itulah namanya rezeki::

arrggh, penatnya. dah lama rasanya tak menjenguk ke rumah ke dua ni (blog ler tu). sampaikan amirah adnan dah tanya lama tak berhapdate blog ni. selama hampir seminggu tak menyempat nak hapdate, harini curi2 masa skit nak hapdate...

kenapa lama tak hapdate?...
senarnya xde la lama sangat. tp da dekat seminggu la jgk. memandangkan minggu lepas cuti hujung minggu jadi 3 hari, maka cuti tu digunakan utk jalan-jalan raya ke rumah kawan-kawan. Jemputan open house ke?.uishhh..saya ni jenis yang tak suka nak pegi open house. kalau minggu ni ada member yang jemput g open house diorang, so minggu depan baru saya pegi. kenapa?!...

jawabnya sebab nak privacy ngan member.kalau g open house diorang, mesti tak terlayan nya. diorang xde masa nak layan kita. mesti la ramai yg datang kan?!.so, silap2, sempat tegur, salam, makan, pastu salam nak balik. tu je. xde nye masa nak lepak2 lama. so, cuti hari tu saya pegi jalan2 raya ke Nilai, N9. rumah incik Izuan. Seorang pensyarah di USIM. esoknya ke rumah sepupu di Batu Caves. Ahad plak, jemput kawan2 adik dtg rumah...habislah 3 hari..

abes tu, yang tajuk rezeki tu pekebendenya?...
haa, citer rezeki tu..hmm, xde la apa..cuma boleh ucap syukur alhamdulillah. Allah Maha Kaya. Allah Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki. nak citer panjang pun, rasa cam tak terucap. pe kate tgk je gambar bawah ni.

maka 2nd wan Jr bakal lahir.....pelengkap keturunan wan.

ps:: moga anak yang bakal lahir ni menjadi penyejuk mata baba dan ibu.dan yang membawa baba dan ibu ke syurga Ilahi..amin..

ps:: teringat ayat Al-Quran, surah Al-Furqan, ayat 74. 

 وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
maksudnya : Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74)

5 comments:

  1. ya allah, hepinye...

    syukur dgn rezeki yg baik di bulan baik ni kan...

    so jaga wife baik2 ok...

    ReplyDelete
  2. hehe.. name ku diseru.. ekeke..

    tahniah encik neobalanocarpus.. semoga zuriat baru membawa keberkatan dlm hidup.. amin :)

    ReplyDelete
  3. mamaNoriz: syukur alhamdulillah..insyaAllah.
    Amirah Adnan: ehehe.seru dari jauh...mekasih.aminn.
    Chenta IrdSya: mekasih..

    ReplyDelete