Pages

Tuesday, August 02, 2011

::Musafirku::

السلا م عليكم....
apa khabar semua?.setelah sekian lama aku menyepikan diri dari blog, kali ini aku disuntik semangat oleh khaifaiz untuk meneruskan perjuangan menulis lagi. Apa yang aku nak hapdet kali ni ialah berkenaan peristiwa pada hari musafir.

ahad pagi aku bertolak balik dungun sebab ada keje skit. aku balik sorang2 je, drive. ringkas crite, masa kat LPT (lebuhraya pantai timur) berlaku satu accident. Betul2 depan aku. motor terbabas kat tepi highway. aku nampak budak tu terlantar tepi jalan.

aku terus berhenti. aku tengok tangan & kaki dia luka. bahu terseliuh. aku cuba angkat dia ke tepi jalan, tp tak larat. aku terus call S.O.S (aku pun x tahu ape ke bende S.O.S ni). aku report ade accident kat km 103.8 menuju kuantan.



pastu dalam 15 minit, polis sampai. lps polis ambik keterangan, aku pun teruskan perjalanan...

itulah kisahnya..aku teringat balik masa aku tanya budak motor tu camana boleh terbabas sorang2, dia jawab dia ngantuk dan tertido. itu yang terbabas sorang2..so, sebagai peringatan kepada semua penunggan motosikal dan jugak pemandu kereta, kalau mengantuk, berhenti la kat mana2 RnR..basuh muka, ambik wudhu'..tido kejap ke, pastu baru sambung perjalanan...

okes..itu aje entry kali ni. selamat berpuasa. semoga kita sama-sama dapat menghidupkan ramadhan kali ini dengan ibadah kepada Allah...-RAMADHAN KAREEM-

2 comments: