Pages

Monday, August 22, 2011

::ku terasa pemergianmu::

Sekejap je rasa masa berlalu. Saya rasa baru je jumpa awak semalam. Sedar tak sedar, dah lebih dua minggu kita jumpa. Cepat betul masa berlalu. Rasa tak puas nak bermesra-mesra dengan awak. Saya belum rasa lagi kenikmatan ketika kita bersama. Sungguh, kadang-kadang saya cuba sedaya upaya saya untuk melalui saat-saat bersama dengan penuh ketenangan. Tapi apakan daya, terlalu banyak dugaan yang saya kene tempuhi.
Masa mula-mula kita jumpa hari tu, saya dah berazam dan berjanji untuk penuhi setiap malam bersama-sama. 

Kita akan menghabiskan waktu bersama meluah segala isi hati. Saya tahu, peluang terbaik  untuk saya meluahkan segala perasaan saya adalah pada pertemuan ini. Lagipun, masa yang memisahkan kita. Mungkin sekiranya diizinkanNya, kita pasti ketemu lagi.

Seminggu sebelum pemergianmu,  saya dapat rasakan saat perpisahan ini semakin dekat menghampiri. Saya sedih nak berpisah. Setiap malam, saat kita bersama saya pasti akan menitiskan air mata. Saya nak menangis puas-puas sementara kita bersama.

Ya Allah, ketemukan aku dengan Ramadhan akan datang. Aku rindu pada Ramadhan.…….


2 comments:

  1. saya pun sedih. even tak sabar nak raya, but still Ramadhan bulan yang sangat mulia dan penuh barakah. semoga Ramadhan akan datang dapat diperbaiki andai kita sempat merasanya. :)

    ReplyDelete