Pages

Friday, August 26, 2011

::bodoh @ kurang ajar @ ada akal tapi tak guna::

kali ni tajuk tu nampak cam kasar je kan. memang nampak emo kali ni. haha.. saje nak kasi gempak. tapi memang kasar..tp nape?

sebab nak bagitau kat semua fenomena musim raya @ musim cuti. korang yang pernah drive balik kampung mesti pernah lalui @ tempuhi situasi ni. terutamanya masa tengah sesak2.

kalau tengah2 jem tu, tiba2 korang tgk kereta kat belakang potong Q ikut laluan kecemasan, apa korang pikir?.masa tu tak yah cakap nak pikir positif la. lagi2 kalau jem tu masa hujan @ panas terik dan perjalanan korang jauh lagi. bertambah bengang kalau masa tu anak2 kecik tengah menangis kerimasan dalam kereta . korang pasti akan rasa tekanan yang maha hebat. Maka mesti ada hasutan nafsu nak mengeluarkan kata2 kesat. rasa macam nak je buka tingkap kereta dan pekik kat driver tu ayat2 kesat berbaur mengutuk.

"wei, tak reti nak Q ke tgh2 sesak camni. igt korang je ke nak balik jauh".
"hoi, tlg jangan kurang ajar boleh tak. dah nampak sesak2 camni sabar je la".
"ikut Q la bang. orang semua pun nak balik cepat jgk. jgn pikir diri sendiri je".(ni ayat sopan + sabar)

tu contoh ayat2 yang bakal kuar dari mulut2 kita. aku pun kadang2 ter 'emo' jugak sampai terguna ayat2 kasar. ish2..astaghfirullah..bulan posa pun tak boleh nak jaga mulut..ish...

tapi hakikatnya, mereka yang buat kerja potong Q dan guna laluan kecemasan tu kita boleh namakan mereka dengan nama saintifik agar senang dikenali..so, korang pilih la nama2 yang ada di "tajuk entry" ni sebagai gelaran saintifik tu. 

namun, dinasihatkan agar penggunaan gelaran tersebut digunakan dalam ayat penuh kesopanan. 

cth: "abang bodoh, baik abang bodoh sabar sikit kalau tak nak dapat surat cinta dari pak cik baju putih nanti"

Kalau korang rasa korang dalam kategori Mentaliti Kelas Ke-3 @ Mentaliti Takde Kelas, silalah memandu dilorong kecemasan dan langgarlah peraturan jalanraya sebanyak mungkin. Cuma pastikan duit poket korang penuh nak bayar surat cinta nanti..

klik SINI sekadar gambar hiasan. credit to http://idhamlim.blogspot.com/

2 comments:

  1. yes....u r rite. aku paling menyampah pemandu2 pemikiran kelas ke-3 nih. selayaknya duk di tapak kaki aku jer..... hahahahah (turut emo)

    aku ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut lebaran, ampun dan maaf jika sekiranya ada komen aku sebelum ini yang boleh mengguriskan hati bro.

    ReplyDelete
  2. betul2..aku pun tension...hangin je...(salam kenal)

    ReplyDelete