Pages

Sunday, November 27, 2011

::amanah dan fitnah::

Allah s.w.t berikan kita anak sebagai pewaris kepada keturunan kita bukan sia-sia. Ianya sebagai amanah. Tapi ramai yang lupa dan alpa. Ramai yang khianat akan amanah tersebut. Terlupa untuk mendidik anak mengenal halal dan haram. Tak endah akan solat anak-anak. 

Sebab itulah anak-anak adalah sebagai alat daripada Allah bertujuan menguji hamba-hambaNya. Andai kita sebagai hamba Allah mampu mendidik anak ke jalan di redhai Allah, maka ganjaran besar menanti. Sebaliknya, ia memakan diri kita dengan pelbagai fitnah dan bala.


Lihat saja kes-kes remaja dan muda-mudi di depan mata. Berita rempit, kes buang anak, penzinaan malah pembunuhan berleluasa. Mana mungkin semua berlaku kalau anak-anak di bawah pengawasan rapi ibu ayah. Hampir mustahil berlaku kalau ayah ibu tegas dalam membentuk sahsiah anak-anak. 

Harap-harap kita sama-sama sedar akan besarnya peranan ibu ayah dalam membentuk masa depan anak-anak. Jangan terlalu lebihkan hiburan sehinggakan anak-anak cepat terleka. 

ps: pesanan ini utamanya untuk diri sendiri dan dikongsi bersama pembaca.

Petikan dari Al-Quran : surah al-anfal, ayat 28.

وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (28)

Friday, November 25, 2011

::gosip artis malaysia::

PESAN-PESAN JUMAAT

Saya selalu ter tonton satu rancangan sensasi di sebuah stesen tv di waktu malam. Rancangan tv ini pada saya pasti mendapat sambutan penonton yang begitu ramai memandangkan ianya berbentuk hiburan. 

Rancangan yang kebanyakan rencahnya adalah gosip saya suka klasifikasikan sebagai rancangan hiburan kerana sambutan penonton amat luar biasa, sepertimana rancangan-rancangan hiburan lain.

Walaupun slot tv itu tidaklah dinamakan "GOSIP", tapi rakyat malaysia sedia maklum akan perkara itu. Tapi, sepanjang pemerhatian saya, slot tu tak lebih ke arah fitnah. Eh, sama ke fitnah dan gosip ni?!

Gosip bermaksud cakap-cakap yang mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yang buruk atau umpatan tentang orang lain. Manakala fitnah pula ialah tuduhan (khabar atau kisah) yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang. 

Bila dirujuk kepada orang bahasa, katanya cakap-cakap tu bermaksud kenyataan yang tak berasas dan tak berfakta. Jadi, pada saya, kedua-duanya sama. 

Fitnah; semua maklum akan dosanya. Malah orang-orang awam (yang pendidikan agamanya terlalu asas) pun tahun dosa fitnah lebih besar dari membunuh. 

Kalau gosip dan fitnah ada persamaan, maka sudah tentu kesannya juga. Kalaupun ada yang cakap ia tak sama, bahagian dosanya tetap ada kalau ia berkaitan dengan membuka aib orang, melaga-lagakan orang dan menjatuhkan orang.

Nah, itulah hidangan yang disediakan di TV untuk anak bangsa kita yang IC nya Islam. Baik buruk, tanya IMAN. Kalau IMAN tak suka slot tv sedemikian, tahulah kita ianya suci.


ps: renungan dan pesanan. Moga yang baik ambil sebagai teladan.

Wednesday, November 23, 2011

::Wordless Wednesday::

Friday, November 18, 2011

::Cerita Syurga dalam Al-Quran::

Hidup kat dunia ni sementara je. Semua tahu tu. Dan semua tahu akan mati tu permulaan hidup yang sebenar. Dan Allah s.w.t dah siapkan tempat khas untuk kehidupan kekal abadi kat 'sana'. Macam-macam ada. Hidup di 'sana' ibarat berada dalam sebuah taman yang penuh dengan nikmat dan keindahan. Tapi tu khas untuk mereka yang bertakwa dan patuh 'peraturan' hidup di dunia. Segala nikmat tu adalah balasan terhadap orang yang bertakwa.


Allah s.w.t Maha Mengetahui segala kehendak manusia. Apa yang manusia cenderung dan minat semua dalam pengetahuan Allah s.w.t. Sebab tu la juga Allah s.w.t berikan semua kecenderungan manusia itu dengan pemberian yang lebih baik di akhirat, bukan di dunia. Dunia ni tempat Allah nak test je makhluk2Nya.


Ni sebahagian cerita syurga dalam Al-Quran.


Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (31) (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; (32) Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya; (33) Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; (34) Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula perkataan yang dusta; (35) Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya), (36) Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);

Thursday, November 17, 2011

::nak tegur pun jangan kurang ajar::

Semoga sahabat2 blogger berada dalam rahmat Allah s.w.t.

Kita selalu berhadapan dengan situasi yang boleh dikategorikan sebagai 'ter', atau senang faham, situasi tak sengaja. Bila sebut tak sengaja ni, secara otomatik kita faham ianya situasi yang tersalah. 

Kekadang, walaupun bukan kita yang ter-ter tu, orang disekeliling kita pasti akan ada yang tak sengaja. Bila situasi tu berlaku kat orang lain, kita sebagai makhluk yang perasan akan ketidaksengajaan tu, kenalah bantu untuk perbetulkan yang ter2 tu.

Ada situasi 'ter' yang macam ni ;  "Alamak, terlepas la pulak rumah awak. Takpe lah, saya pusing balik."

Ada jugak macam ni ; "Err, maaf ye cik, saya tak sengaja. Dakwat ni tertumpah pulak kat baju cik"

Itu kalau 'ter-ter' yang disedari oleh si pelaku. Kalau yang tak disedari, sedar2 dah kena herdik;

"wei cik adik, jalan tu tengok kiri kanan la skit. Ni main langgar je. Abes tumpah makanan orang ni, pe citer"

Bila kita sebagai si pelaku dah tahu akan silap kita, minta maaf adalah langkah terbaik. Paling tidak, ia meredakan situasi tegang.


Bila kita yang jadi mangsa 'ter', maka tegurlah dengan cara sopan. Tak perlu lah nak panggil 'wei' atau 'hoi'.
Tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, nak tegur perlulah bersopan dan jangan kurang ajar. Barulah orang lembut hati dengar teguran. Jangan pula teguran anda didahului dengan carutan.. Tak baik.

ps: kalau TEGUR awek masa nak tackle, kemain berSOPAN. Apa salahnya berSOPAN macam tu masa tegur KESILAPAN.

Wednesday, November 16, 2011

::Wordless Wednesday::

My second wordless. 

" AKU LELAKI"

 

Tuesday, November 15, 2011

::monolog; Aku Kecewa::

Berpagian sebegini rasa, aku sangat kecewa. Aku kebingungan. Mana silap aku, tidak aku tahu. Segala cacat cela kekurangan serta ketidaksempurnaan langsung tiada ruang untuk diterima selaku manusia yang tidak sempurna. 

Apa kau ingat manusia harus sempurna segala aspek? Apa kau rasa diri kau dah sempurna untuk menafikan kekurangan insan lain?

Insaflah diri. Manusia Tuhan cipta tiada sempurna. Andai kau mahu dirimu diterima, maka terimalah seadanya. Perbetulkan cacat cela kekurangan insan lain tiada dilarang, malah dialu-alu. 

Cuma yang tak kena, dalam sepuluh perkara, semua kau hentam. Malah kalau seratus sekalipun, semua kau kecam.

Usah terlalu berkira. Jangan terlalu menegatifkan hidup insan. Dulu aku berkorban juga kerana mencari keserasian. Namun, bila bibit-bibit keserasian mula timbul, engkau mula mencari ruang celah kepincangan. 

Aku Tersangat Kecewa.

Sunday, November 13, 2011

:: Homemade Bun::

Berhujung minggu dengan keluarga satu perkara yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kalau melakukan aktiviti menyeronokkan bersama-sama dengan isteri atau anak-anak. Hujung minggu ni saya tak ke mana. Sekadar beraktiviti di rumah saje, memandangkan cuaca yang tidak menentu, kadang-kadang hujan, kadang-kadang panas. Semalam dan hari ni cuaca terang dan panas. So, saya buat keputusan duk di rumah saje lah.

Berkira-kira nak buat apa hari ni, maka si isteri saya buatkan bun pandan untuk saya. Saya sekadar memberi sokongan moral memandangkan inilah 1st time dia buat bun. Usaha tangga kejayaan. Dan hasilnya, alhamdulillah. Menjadi juga. Saya memang suka makan je. Lain2 tolak tepi dulu kalau ada makan2...hehe.


Pekena bun dengan kopi O panas, memang layan...Selamat Berhujung Minggu.

Friday, November 11, 2011

::Cerita 11 dalam Al-Quran::

Salam Jumaat buat semua. Alhamdulillah, syukur kerana Allah menemukan kita dengan satu tarikh yg cantik, 111111. Segenap alam menceritakan pasal nombor 6 X 1 ni. Macam2 citer.

Pasal no 11 ni, ada satu ayat dalam Al-Quran yang Allah telah nyatakan kepada kita. Ianya pada surah Yusuf, pada ayat yang keempat (4). 

Surah Yusuf dikategorikan sbg surah Makkiyyah (yg diturunkan di Mekah). Keseluruhan surah tersebut menceritakan kisah hidup Nabi Yusuf Alaihissalam bersama dengan ayahanda tercinta, Nabi Ya'qub Alaihissalam. 

Berkaitan no. 11 tadi, ianya disebut dalam ayat yang bermaksud :

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat (sujud) kepadaku". (4)


Dalam bergembira dengan no. 11 ni, sama-samalah kita menambahkan info kita berkaitan nombor2 dalam Al-Quran .


ps: sedang berkira-kira utk mewujudkan entry khas, iaitu Entry Jumaat disamping berkongsi info Islam.

Wednesday, November 09, 2011

::Aidiladha 2011::

Salam aidiladha buat semua. Memandangkan orang lain wat entry "wordless wednesday", teringin gak nak try2 wat camtu.





Lokasi: Dungun, Terengganu.

Friday, November 04, 2011

::3 tips seronok memandu::

Pejam celik pejam celik, raya haji tinggal lagi sehari nak tiba. seronok kemain sesapa yang dah balik kampung. Yang bakal balik kampung, pasti sibuk duk bersiap apa yang patut nak dibawa nanti. Yang sudah berkeluarga pasti nak kena ready barang2 keperluan anak dan sebagainya.

Nak balik raya ni mesti masing2 duk pikir nak ngelak traffic jem, terutamanya yg balik pantai timur. So, ada yg dah rancang siap2 waktu perjalanan. Apa2pun, kadang2 kita merancang lain, yang jadinya lain. Itu kuasa Allah yang maha Mengetahui.

Bagi yang travel jauh, stuck dalam jem, ada tips2 nak bagi hilang stress dan rasa seronok..Ikuti tips2 berikut:

1-  Berborak cerita ringan - kalau balik berdua, bertiga atau berempat tu, pastikan mereka2 tersebut tidak mementingkan mata diorang semata2. jangan bagi diorang menikmati kesedapan tidur di dalam kereta sedangkan mata anda menahan mengantuk. Kejutkan diorang dengan sembang-sembangan yang melucukan. tapi pastikan jangan wat lawak yang keterlaluan dalam kereta. Ini akan menjejaskan kosentrasi anda ketika memandu. Lebih2 lagi kalau anda sememangnya mencari2 RNR utk ke toilet.

pss: tapi kalau anda berdua2an sama jantina atau lain2 jantina, jAngAn sesekali mencuba aksi2 ringan. Haremmmmmm...suami isteri pun tak digalakkan. kerana bisa mengganggu fokus pemanduan.

2- Target destinasi paling dekat - contohnya, anda menuju ke Kuala Terengganu. Anda gunakan LPT (lebuhraya pantai timur) untuk menuju ke destinasi anda. Jarak perjalanan anda melebihi 400km. Jauh bukan?!.so, bagi mencipta keseronokan semasa memandu, taget kan perjalanan anda ke destinasi paling dekat dengan kedudukan semasa anda. Ada faham?.gini, lepas je tol gombak, targetkan perjalanan anda utk ke Bentong. so, jarak perjalanan anda hanya 60km +-. dalam 40 minit, anda dah sampai bentong. Samada nak berhenti rehat atau tak, terpulang. Kemudian, teruskan dengan target destinasi berikutnya. Secara psiko nya, anda hanya ingin mengurangkan jumlah kilometer yang di setkan di minda anda.

pss: kalau jarak perjalanan anda hanya 'sebatang rokok'(perumpamaan dalam citer Lang Buana), masa nak panaskan enjin kereta lagi lama dari perjalanan, tips ni kurang efektif. Lebih baik abaikan saja tips ni.

3- Dengar lagu feveret anda- zaman sekarang teknologi dah canggih. sekarang kete2 dah ada mp3. anda boleh masukkan apa2 lagu feveret anda dalam sd card anda. pilih lagu feveret anda sebanyak2nya. pastu, anda pasang la lagu tu sepanjang perjalanan. xkan ada istilah boring dengar lagu memandangkan semua lagu adalah selected dari list feveret.

pss: kalau nak lagi havoc, anda boleh karoake lagu feveret anda tu dr awal perjalanan sehingga sampai ke destinasi. pastikan penumpang2 lain boleh menerima kesedapan suara anda bila anda memanggil2 hujan tersebut. sama sekali tidak digalakkan mengamalkan tips ni ketika menaiki bas ataupun keretapi. disyorkan anda berhenti menyanyi kalau sekiranya hujan turun dengan tiba2.


Apa2pun, semasa perjalanan, anda kena berhati2 dan jangan terlalu seronok. kosentret pada pemanduan dan jangan lupa mulakan perjalanan dengan DOA kepada Allah. dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah. Keseronokan memandu hanya sementara, yang penting anda selamat sampai ke destinasi. Bila selamat sampai ke destinasi, anda pasti lebih seronok, @ BERONOK-RONOK. .

Selamat beronok-ronok dan selamat hari raya Eidul Adha.

Tuesday, November 01, 2011

::two years old::


Eh, eden lupo..arini besday blog eden yang ke-2 tahun ha..alamak, camano eden lupo laie...bilo eden bukok2 balik entry lamo, eden baru perasan 1st entry eden bertarikh 1-nov-09..dah tuo ruponya eden ni...apo eh..

sempeno eden punyo blog punyo besday, eden nak wish kat eden punyo blog lah..hepi besday..walaupun ekau jarang2 eden hapdate, ekau tetap eden sayang...ngeh3....

sumber gambar: http://sayangyana.blogspot.com/2011/08/29.html (akak, eden pinjam gambar kek akak ni ha, eden wat entry besday..harap akak x berkiro ngan eden nanti yo..tenkiu akak.kalo akak amek dari laien eden x tau la yo.harap empunya gambar ni izinkan eden pinjam.)

::tarikh, nombor dan letupan::

Semoga pelayar-pelayar sekalian sihat sentiasa. Alhamdulillah, sedar atau tidak, kita telah pun berada di episod terakhir bagi tahun 2011. Dan sedar atau tidak, tarikh hari ini sangat cantik susunannya .1.11.11 . dan pada minggu depan, satu lagi tarikh cantik akan kunjung tiba. Pasti ramai yang ternanti-nantikan tarikh 11.11.11 kan?

Sekian lama, ramai daripada kalangan kita terlalu taksub dengan tarikh pilihan, terutamanya dengan 'nombor cantik'. Nak bertunang, merisik, berkahwin, beli kereta dan sebagainya, semua pilih tarikh dan hari cantik. Mungkin bagi sesetengah agama atau fahaman, mereka mempunyai nombor2 tertentu yang ada 'ong' atau ada tuah. Ada juga yang pilih tarikh berdasarkan peristiwa dan pengalaman. Mungkin tarikh kenal dengan pasangan dijadikan tarikh pilihan dalam hidup.

Saya sendiri ada tarikh pilihan. dah tentu tarikh tu mesti ada kene mengena dengan hidup kita. tarikh pilihan ni tarikh adalah kelahiran saya.  0707. @ 7 Julai.


Walaupun tarikh ni tarikh kesukaan saya, tapi kalau sesiapa ingat, tarikh ni lah tarikh berlakunya letupan di salah sebuah stesen Underground di london. peristiwa tu berlaku pd 2005.


2005 – A series of four explosions occurs on London's transport system killing 56 people including four alleged suicide bombers and injuring over 700 others.(sumber :wiki http://en.wikipedia.org/wiki/July_7)

Pilih tarikh yang cantik dan berkenan di hati tak salah. tapi janganlah sampai dek kerana tarikh, terpaksa tangguh perkahwinan la, tak jadi tunang la..macam2 kerenah orang kita hanya kerana tarikh dan nombor.