Pages

Friday, November 04, 2011

::3 tips seronok memandu::

Pejam celik pejam celik, raya haji tinggal lagi sehari nak tiba. seronok kemain sesapa yang dah balik kampung. Yang bakal balik kampung, pasti sibuk duk bersiap apa yang patut nak dibawa nanti. Yang sudah berkeluarga pasti nak kena ready barang2 keperluan anak dan sebagainya.

Nak balik raya ni mesti masing2 duk pikir nak ngelak traffic jem, terutamanya yg balik pantai timur. So, ada yg dah rancang siap2 waktu perjalanan. Apa2pun, kadang2 kita merancang lain, yang jadinya lain. Itu kuasa Allah yang maha Mengetahui.

Bagi yang travel jauh, stuck dalam jem, ada tips2 nak bagi hilang stress dan rasa seronok..Ikuti tips2 berikut:

1-  Berborak cerita ringan - kalau balik berdua, bertiga atau berempat tu, pastikan mereka2 tersebut tidak mementingkan mata diorang semata2. jangan bagi diorang menikmati kesedapan tidur di dalam kereta sedangkan mata anda menahan mengantuk. Kejutkan diorang dengan sembang-sembangan yang melucukan. tapi pastikan jangan wat lawak yang keterlaluan dalam kereta. Ini akan menjejaskan kosentrasi anda ketika memandu. Lebih2 lagi kalau anda sememangnya mencari2 RNR utk ke toilet.

pss: tapi kalau anda berdua2an sama jantina atau lain2 jantina, jAngAn sesekali mencuba aksi2 ringan. Haremmmmmm...suami isteri pun tak digalakkan. kerana bisa mengganggu fokus pemanduan.

2- Target destinasi paling dekat - contohnya, anda menuju ke Kuala Terengganu. Anda gunakan LPT (lebuhraya pantai timur) untuk menuju ke destinasi anda. Jarak perjalanan anda melebihi 400km. Jauh bukan?!.so, bagi mencipta keseronokan semasa memandu, taget kan perjalanan anda ke destinasi paling dekat dengan kedudukan semasa anda. Ada faham?.gini, lepas je tol gombak, targetkan perjalanan anda utk ke Bentong. so, jarak perjalanan anda hanya 60km +-. dalam 40 minit, anda dah sampai bentong. Samada nak berhenti rehat atau tak, terpulang. Kemudian, teruskan dengan target destinasi berikutnya. Secara psiko nya, anda hanya ingin mengurangkan jumlah kilometer yang di setkan di minda anda.

pss: kalau jarak perjalanan anda hanya 'sebatang rokok'(perumpamaan dalam citer Lang Buana), masa nak panaskan enjin kereta lagi lama dari perjalanan, tips ni kurang efektif. Lebih baik abaikan saja tips ni.

3- Dengar lagu feveret anda- zaman sekarang teknologi dah canggih. sekarang kete2 dah ada mp3. anda boleh masukkan apa2 lagu feveret anda dalam sd card anda. pilih lagu feveret anda sebanyak2nya. pastu, anda pasang la lagu tu sepanjang perjalanan. xkan ada istilah boring dengar lagu memandangkan semua lagu adalah selected dari list feveret.

pss: kalau nak lagi havoc, anda boleh karoake lagu feveret anda tu dr awal perjalanan sehingga sampai ke destinasi. pastikan penumpang2 lain boleh menerima kesedapan suara anda bila anda memanggil2 hujan tersebut. sama sekali tidak digalakkan mengamalkan tips ni ketika menaiki bas ataupun keretapi. disyorkan anda berhenti menyanyi kalau sekiranya hujan turun dengan tiba2.


Apa2pun, semasa perjalanan, anda kena berhati2 dan jangan terlalu seronok. kosentret pada pemanduan dan jangan lupa mulakan perjalanan dengan DOA kepada Allah. dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah. Keseronokan memandu hanya sementara, yang penting anda selamat sampai ke destinasi. Bila selamat sampai ke destinasi, anda pasti lebih seronok, @ BERONOK-RONOK. .

Selamat beronok-ronok dan selamat hari raya Eidul Adha.

3 comments:

  1. Wohh kalau suami drive perlu isteri ade aksi. Semangat kottt..

    Moga selamat sampai!

    ReplyDelete
  2. fuh..terbaik la...tips ni bagus...cara penulisan pun bagus..gd luck eh blogger ni..:)

    ReplyDelete