Pages

Friday, November 25, 2011

::gosip artis malaysia::

PESAN-PESAN JUMAAT

Saya selalu ter tonton satu rancangan sensasi di sebuah stesen tv di waktu malam. Rancangan tv ini pada saya pasti mendapat sambutan penonton yang begitu ramai memandangkan ianya berbentuk hiburan. 

Rancangan yang kebanyakan rencahnya adalah gosip saya suka klasifikasikan sebagai rancangan hiburan kerana sambutan penonton amat luar biasa, sepertimana rancangan-rancangan hiburan lain.

Walaupun slot tv itu tidaklah dinamakan "GOSIP", tapi rakyat malaysia sedia maklum akan perkara itu. Tapi, sepanjang pemerhatian saya, slot tu tak lebih ke arah fitnah. Eh, sama ke fitnah dan gosip ni?!

Gosip bermaksud cakap-cakap yang mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yang buruk atau umpatan tentang orang lain. Manakala fitnah pula ialah tuduhan (khabar atau kisah) yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang. 

Bila dirujuk kepada orang bahasa, katanya cakap-cakap tu bermaksud kenyataan yang tak berasas dan tak berfakta. Jadi, pada saya, kedua-duanya sama. 

Fitnah; semua maklum akan dosanya. Malah orang-orang awam (yang pendidikan agamanya terlalu asas) pun tahun dosa fitnah lebih besar dari membunuh. 

Kalau gosip dan fitnah ada persamaan, maka sudah tentu kesannya juga. Kalaupun ada yang cakap ia tak sama, bahagian dosanya tetap ada kalau ia berkaitan dengan membuka aib orang, melaga-lagakan orang dan menjatuhkan orang.

Nah, itulah hidangan yang disediakan di TV untuk anak bangsa kita yang IC nya Islam. Baik buruk, tanya IMAN. Kalau IMAN tak suka slot tv sedemikian, tahulah kita ianya suci.


ps: renungan dan pesanan. Moga yang baik ambil sebagai teladan.

3 comments:

  1. renungkan dan selamat beramal... boikot gosip

    ReplyDelete
  2. Gosip tu prone to fitnah... Kate yg paling sesuai ialah mengumpat.. Jgn mengumpat bangggg...

    ReplyDelete
  3. insaf2..
    besar saham di akhirat nnti.. nauzubillah :(

    ReplyDelete