Tiba2 terdengar perbualan antara dua insan ..
Abu : Zaid, kau berterawikh kat masjid mana Ramadhan ni?.
Zaid : Tak tentu la abu. kadang-kadang masjid dekat rumah aku je. Kadang-kadang aku ke masjid negara. Kau sembahyang solat kat mana?
Abu : Aku mula2 dulu terawikh kat masjid taman aku tu je. Imam al-Hafiz. Tapi dua malam pertama je. Lepas tu aku sembahyang solat terawikh di masjid kat bandar.
Zaid : Kenapa plak jauh kau pergi? kat taman kau tu kan imam al-Hafiz. lagi seronok sembahyang solat.
Abu : Tak best sangat pun. Baca biasa je. Plak tu bacan panjang dan lambat. Kau bayangkan, terawikh dua puluh rakaat siap pukul 10.30 mlm. Kalau kat bandar tu, pukul 10 dah siap witir. cepat.
Zaid : Ish ish..penat ye dak..maklumlah, bulan puasa. Kalau ke bazar tu, takde la penat sangat. tu tak kira shopping baju raya kat Jalan TAR lagi...( sambil tersenyum sinis)..
Inilah realiti. Ramai di kalangan kita sering tercari-cari masjid yang terawikhnya cepat, baca best, imam Al-Hafiz dan sebagainya. Memang tak nafi lah kan, mendengar bacaan alunan Al-Quran dengan nada yang enak memang satu motivasi untuk meneruskan ibadat dengan khusyuk. Penting jugak tu. Kalau takde motivasi nak beribadat, alamatnya buat secara terpaksa la kot.
Tapi harus kita ingat, dalam beribadat kepada Allah swt, kuantiti bukan ukuran sebenar. Hakikatnya kualiti merupakan elemen penting. Manakan tidak, sembahyang solat terawikh 20 rakaat nak cepat sampaikan sembahyang solat kita pun lintang pukang. Entahkan sempurna ke tidak Al-fatihah, rukuk dan sujud. Kalau sembahyang solat ekspres macam ferrari sampai ke pagi pun belum tentu ibadah tu sempurna.
Kan lebih baik solat dengan penuh tertib dan tumakninah. Baca al-fatihah dengan tenang dan sempurna, rukuk dengan sempurna serta sembahyang solat dengan tenang. Eh, takkan kita lupa kot rukun sembahyang solat ada 13. Antara rukunnya ialah baca Al-Fatihah (mesti dengan sempurna makhrajnya, hukum tajwidnya, panjang harakatnya), tumakninah dalam setiap pertukaran antara rukun (mesti dengan tenang bukan gelojoh), dan tertib. Inilah yang kita cari. BERKUALITI. barulah ada peluang ibadah kita Allah pandang. sama2lah kita perbetulkan ibadah dan niat sebenar kita dalam mencari Redha Ilahi.
saksikan VIDEO ni sebagai pengajaran. Anda nilai sendiri dengan ILMU anda...
Terjemahan surah Al-Maa'un..
[3] Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.[4] (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -[5] (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;[6] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),[7] Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
masjid kat tempat sy abis kul 11 tp best!
ReplyDeletebetul tu..
jgn memilih,yg penting siapa pun kita berimam. solat biar ikhlas.
knp sembahyang tu digariskan?
@fa-in sy saje gariskan sbb nak guna kata asal dlm bhs arab.tak salah pun kalo guna...:)
ReplyDeletetazkirah yang memberi manfaat buat para pembaca..syukran ustaz
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian..
ReplyDeletealhamdulillah.. ingatan buat diri ini ^^