Pages

Wednesday, August 08, 2012

::Mengumpat Dapat Pahala::


Siapa pulak yang keluarkan kenyataan macamni?

Betul ke mengumpat dapat pahala? Tak pernah dengar pun sebelum ni?

Cer kita tengok dulu apa yang Allah beritahu kita.


وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ

إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬

Al-Hujurat 49:12


Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


Bila Allah warning kita dengan perumpamaan tersebut, adakah kita masih menyangka mengumpat masih dapat pahala? tentu sekali tidak bukan?


Lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan, tak kan kita nak rosakkan amalan berpuasa kita dengan mengumpat, kan?! Takut juga bila dihisab kelak, banyak dosa dari pahala.. :D

Saturday, December 31, 2011

::Di Ambang 2012::



Sekejap rasanya masa berlalu. Putaran masa yang berdetik setiap saat membawa pelbagai kisah suka dan duka. Kita sedar atau tidak, hari kelmarin sudah berlalu pergi. Makin bergerak jauh dan pantas meninggalkan kita. Hari kelmarin sudah pun menjadi sejarah yang tak mungkin berulang.

Sekarang, kita di ambang 2012. Ya, tahun baru. Atau mungkin ada yang menganggap ia hanya sekadar angka. Dari 2011 ke 2012. Hanya bertambah satu nombor sahaja. Tapi, pertambahan satu nombor itu memakan masa 365 hari. Lama bukan?

Maka, sejarah baru yang akan tercipta untuk angka 2012 mengambil masa selama 365 hari juga. Kenapa dinamakan sejarah sedangkan ianya belum ditempuhi?! Pandang jauh kehadapan. Sejauh 365 hari kehadapan. Sudah pasti hari esok juga bakal bergelar sejarah.

Seperti 2011, kita akan melalui pelbagai karenah dunia dalam menghabiskan usia mendatang. Persoalannya, adakah kita nak biarkan sejarah yang bakal dicipta pada 2012 esok adalah sejarah hitam? Atau mungkin sejarah berulang sepertimana tahun 2011 ini?

2011 mencatat sejarah manis dengan pelbagai rekod kejayaan dan kecemerlangan dalam diri kita, sudah tentu kita akan kekalkan prestasi kita agar berada ditahap yang sama sekurang-kurangnya. Atau kita punya pilihan untuk menjadi lebih baik, malah lebih cemerlang dari 2011. Bukankah itu pilihan bijak?

Atau 2011 kita mempunyai rekod hitam dan kegagalan?! Adakah kita rasa senang dengan membiarkan kegagalan terus bersarang dalam hidup kita? Atau kita mempunyai misi untuk belayar di lautan 2012 menggunakan bahtera baru serta strategi baru yang lebih menjamin kejayaannya?!.

Nah, ini masanya kita fikir-fikirkan. Fikir ketat-ketat sebelum membuat sebarang perancangan untuk belayar. Pastikan bahtera kita betul-betul mantap untuk menempuh sebarang gelora di lautan 2012.

Jangan dilupakan lautan 2011 yang baru dilayari. Buat checklist semua pencapaian dan kegagalan dipelayaran yang lalu. Muhasabah seluruh aspek dalam diri kita. Persinggahan pada pelayaran 2011 kita banyaknya di pulau pahala atau pulau dosa. Perancangan untuk belayar di lautan 2012 nanti adakah akan melalui tepian pulau dosa, atau tepian pulau pahala? Atau nanti adakah wujud  persinggahan di mana-mana yang bisa memberi motivasi untuk sampai kan kita ke destinasi sebenar kita, iaitu Jannah.

Pastikan checklist kita betul-betul ikhlas. Jangan buat checklist sekadar nak sedapkan hati. Atau checklist untuk kaburi mata sendiri. Setelah selesai membuat semakan terhadap checklist, jangan pula berbangga dan lupa diri sekiranya didapati banyak persinggahan kita di pulau pahala. Jangan pula rasa kecewa sehinggakan membantutkan semangat sekiranya banyak menyinggah di pulau dosa. Bukankah Allah membuka banyak lagi laluan ke pulau pahala?

Sama-sama fikirkan dan renungkan sebelum belayar di lautan 2012.

Tuesday, December 20, 2011

::bukan senang nak konsisten::

Hari-hari berlalu dengan macam-macam tugas dan kerja. Semua perlu dilangsaikan. Segera ataupun tidak, ianya tetap kena siapkan. Itulah yang membuatkan kadang-kadang kerja saya tertangguh, walaupun kerja yang sedikit.

Bila saya muhasabah diri saya, saya rasakan itu adalah kelemahan diri saya. Susah untuk konsisten, atau dalam bahasa arabnya, disebut istiqamah. Kadang-kadang senang nak nasihatkan orang lain untuk istiqamah, tapi untuk diri sendiri praktik, cukup susah.

Malah, ada juga kerja atau tugas yang dilaksanakan sempat melalui detik-detik konsisten, sempat la tiga hingga empat kali. selebihnya, terhenti tanpa sebab. Rupanya baru saya sedar betapa susah untuk istiqamah dalam kerja.

Hakikatnya, yang susah itulah telah termaktub dalam pesan Nabi Junjungan s.a.w yang bermaksud Allah menyukai sesuatu amalan yang dilakukan dengan konsisten. Argghh, susahnya..Mohon pertolongan Allah agar dapat konsisten dalam melaksanakan tugas. Dan IBADAH..

Wednesday, December 14, 2011

::insan tua::

Kerana kesibukan melanda, saya langsung tak berkesempatan untuk meng'update' blog dalam tempoh seminggu dua ni. Terlalu banyak perkara yang saya perlu beri keutamaan. Malah, nak ber"blog walking" pun tak sempat.

Ini cerita masa saya ke sunway pyramid semalam. Sambil menunggu isteri mencari pakaian anak sehelai dua, saya duduk di depan satu kedai pakaian. Kebetulan berhadapan kedai tu ada satu kerusi. Saya ambil peluang menghilangkan penat dgn berehat di situ. Sambil menghirup air minuman, saya asyik perhatikan gelagat manusia yang lalu-lalang di situ.

Dalam keriuhan manusia yang datang membeli belah, mungkin ada yang sekadar window shopping, saya terpandang seorang wanita tua sedang berjalan melewati satu kedai ke satu kedai lain. Pada saya, mungkin umurnya lingkungan  60+. Langkahnya cukup perlahan bagai sedang menikmati limpahan cahaya neon di dalam kedai. Atau mungkin mengimbau memori bersama suami suatu ketika dahulu. 

Setiap kali melangkah, saya lihat tangan dan kakinya terketar-ketar. Terlihat diwajahnya langkah yang penuh pengharapan dan ketabahan. Mungkin kesan stroke .Atau mungkin juga parkinson. Rasa saya bukan parkinson.

Bila dipandang, tiada pula insan lain menemaninya. Mungkin keseorangan fikir saya. Saya perhatikan tiada beg tangan bersamanya. Sekadar menggenggam satu purse di tangan kirinya. Memakai baju yang agak pudar warna, tapi masih nampak kemas. Bersih.

Dari satu kedai ke satu kedai, saya perhatikan dia masuk dan mencari-cari sesuatu. Terlihat di wajahnya sedikit hampa bila seorang pelayan datang kepadanya dan mengeleng-gelengkan kepala. Fikir saya, mungkin barang yang dicari tiada disitu. Atau mungkin sudah kehabisan stok .

Bila tiba betul-betul di hadapan saya, dia terus masuk ke dalam kedai di depan saya. Saya tertanya-tanya, apa sebenarnya yang ingin dibeli memandangkan kedai-kedai yang disinggah semuanya kedai pakaian lelaki. Saya cuba perhatikan apa sebenarnya yang dicari. Sambil melihat dia memanggil seorang pelayan kedai tersebut, agak muda, seorang perempuan cina yang mungkin baru menginjak umur 20 pada hemat saya, saya cuba memasang telinga mendengar apa yang ditanya.

Dalam keriuhan, saya hanya sempat menangkap beberapa perkataan. Dia mencari tali leher yang berwarna biru gelap. Dan pelayan kedai tadi membawanya ke bahagian tali leher dan menunjukkan beberapa pilihan yang ada. 

Untuk siapa tali leher yang dibeli tu. Saya tertanya-tanya. Untuk suami?. Mungkin, kalau suaminya masih bekerja. Dan kerana bekerjalah maka dia keseorangan di situ. Atau mungkin untuk anak, yang baru saja habis U dan untuk hadiri temuduga. Saya cuba membuat andaian sendiri.

Apa saja andaian yang saya buat, saya rasa cukup insaf dan terharu. Seorang insan bergelar wanita, dan saya pasti dia seorang ibu, sanggup melangkah dengan penuh tabah, melewati satu kedai ke kedai lain, hanya mencari sehelai tali leher untuk insan yang tersayang. Dan pada saya dia wanita yang sangat penyayang kerana mungkin tie berwarna biru gelap itu permintaan anak, atau suami, dan juga mungkin dia tahu warna kesukaan insan tersayang tersebut, atau mungkin dia memilih yang paling sesuai dengan baju yang ingin dipakai nanti..

Satu saja perkataan yang saya boleh ungkapkan.

PENGHARGAAN. 

Monday, December 05, 2011

::asuh anak tentang keselamatan::

Kerap kali kita perhatikan, ramai ibubapa kurang menitikberatkan tentang pendidikan keselamatan di rumah. Saya pernah perhatikan, ibubapa biasanya membiarkan anak-anak seronok bermain tanpa sebarang pengawasan. Ini pada hemat saya boleh dikategorikan sebagai cuai.

Kecederaan atau kemalangan kecil mungkin boleh berlaku. Dalam keseronokan anak-anak bermain di ruang tamu, tanpa kita sedar mungkin terdapat bahaya yang menunggu. Malah, segala alat permain anak-anak hendaklah diteliti dan diperiksa terlebih dahulu. Manalah tahu mungkin ada permainan anak-anak yang tajam, berbahaya dan sebagainya. Saya risau kalau-kalau tangan anak terluka dek kerana permainan mereka sendiri.

Saya juga kena pastikan lantai tempat anak-anak bermain berada dalam keadaan selamat dan tidak licin. Pastikan lantai tidak berhabuk bagi mengelakkan anak-anak daripada gangguan pernafasan, dan seeloknya saya akan pastikan anak bermain di atas lantai yang berlapik dengan alas yang lembut.

Utamakan keselamatan. Itu prinsip saya. Itulah yang sering saya ungkapkan kepada isteri setiap kali tiba waktu irshad bermain. Walaupun waktu bermain irshad sepanjang hari, tetapi peringatan itu perlu diulang-ulang.

Walaupun saya sedar kadang-kadang isteri jeling semacam bila saya ulang-ulang "utamakan keselamatan". Apatah lagi kalau saya minta pakaikan helmet untuk irshad.  hahaha.. sampai tersenget2 kepala irshad yang baru berumur 8 bulan bila dipakaikan helmet yang sama berat dengan tubuh badannya..aderghh, sadisnya baba..tak sampai hati tgk irshad rasa rimas kena pakaikan helmet.

hehehe..anak baba baik je..dibuat apa yang disuruh..akhirnya, baba kena cubit...adoooiiii....